Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394013
Title: | Kualiti hidup (Perumahan) masyarakat di Selangor: satu analisis GIS di peringkat mukim |
Authors: | Siti Nadira Ahmad Rozlan Shah Rosmadi Fauzi Jamilah Mohamad |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Kualiti Hidup Perumahan GIS |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Negeri Selangor merupakan antara negeri yang berada di barisan hadapan apabila mendapat pengiktirafan negeri berstatus maju pada tahun 2005. Transformasi ini bukanlah satu penamat malah merupakan satu permulaan baru cabaran yang lebih genting dalam mengorak langkah pembangunan berterusan disamping mengekalkan kestabilan dari semua aspek pembangunan negeri dan sosial. Merangka perancangan seterusnya sebenarnya memerlukan satu penilaian dan penelitian secara menyeluruh terhadap semua aspek yang mencakupi kualiti hid up. Keadaan ini sangat penting dalam melihat kedudukan sebenar Negeri Selangor dari semua skop dan peringkat yang lebih kecil. Malah pemantauan dari peringkat awal dan skop yang kecil sangat penting dalam memastikan keselarian semua peringkat menuju wawasan yang sama.Oleh hal yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kualiti hidup (perumahan) rakyat di setiap mukim di Negeri Selangor dengan menjadikan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) sebagai asas. Kajian ini akan bermula dengan pemilihan indikator-indikator kualiti hidup yang terbaik dimana data boleh didapati di sernua mukim di Negeri Selangor. Aplikasi GIS akan digunakan dalam membentuk satu model ruangan tahap kualiti hidup setiap mukim. Seterusnya dapatan kajian ini akan dapat mengenalpasti taburan tahap kualiti hidup dari aspek perumahan mengikut kawasan. Hal ini akhirnya akan membantu dalam mengenalpasti setiap masalah kualiti hidup peru mahan dan seterusnya memberi satu kaedah penyelesaian ke atas setiap masalah kualiti hidup di setiap mukim. |
Pages: | 713-719 p. |
Call Number: | G56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.