Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394012
Title: Kesan aktiviti manusia terhadap taburan suhu bandar di Ipoh, Perak
Authors: Mohd Hairy Ibrahim
Jamaluddin Md Jahi
Abd Samad Hadi
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Taburan suhu
Kelembapan bandingan
Pembandaran
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Taburan suhu bandar semakin hangat dikaji dalam mengharungi kepesatan pembandaran yang menganjur dari pusat bandar ke pinggir bandar. Aktiviti manusia yang melibatkan aktiviti industri, pembinaan peru mahan , perniagaan dan perdagangan telah menutup permukaan muka bumi dengan litupan bertar, aspalth dan bersimen. Ini meningkatkan kemampuan kawasan bandar menyimpan haba dan membebaskan haba pada waktu malam. Ini turut berlaku di bandaraya Ipoh. Hasil kajian mendapati taburan suhu bandar di Ipoh menunjukkan kawasan pusat mengalami suhu yang tinggi pada waktu siang dan terdapat kawasan pinggir bandar yang turut mengalami pola suhu yang tinggi dipengaruhi oleh kepadatan aktiviti manusia dan kesesakan kenderaan. Taburan waktu malam pula menunjukkan suhu tinggi di kawasan pusat bandar dan beberapa kawasan pinggir bandar yang pesat membangun. Taburan kelembapan bandingan yang rendah juga berlaku di pusat bandar berbanding dengan kawasan pinggir bandar. Perbezaan suhu antara kawasan pusat bandar dan pinggir bandar adalah ketara. Kawasan yang mengalami suhu yang tinggi menjadi pusat aktiviti manusia di kawasan bandar dan pusat bandar. Justeru itu, taburan suhu yang tinggi di Ipoh menjadi petunjuk bagi pihak bertanggungjawab merancang dan melaksanakan usaha-usaha mengurangkan suhu di kawasan bandar agar tidak mengganggu kesejahteraan manusia.
Pages: 691-700 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.