Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394000
Title: Dayahuni perumahan dalam pembangunan Bandar Lestari
Authors: Mohamad Sofiyuddin Sanusi
Abdul Samad Hadi
Shaharuddin Idrus
Syazwani Ahmad
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Dayahuni perumahan
Perumahan Lestari
Pembangunan bandar
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Keperluan pembangunan perumahan meningkat sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk di sesebuah bandar. Pembangunan perumahan haruslah mengambil kira keperluan dan kehendak bakal penghuni dikawasan berkenaan. Ini kerana pembangunan perumahan adalah merupakan strategi jangka panjang dalam membentuk masyarakat yang harmonis dan dinamik. Konsep pembangunan perumahan lestari dan berdayahuni adalah merupakan suatu pendekatan yang praktikal dalam membentuk pembangunan sesuatu kawasan yang menjadi penggerak kepada pembangunan negara. Kertas kerja ini akan membincangkan dimensi-dimensi yang membentuk dayahuni perumahan dalam sesuatu pembangunan. Tinjauan perbincangan akan merentasi prinsip-prinsip pembangunan perumahan lestari yang dikemukakan oleh sarjana tempatan dan luar negara dalam membentuk arahtuju pembangunan sesuatu kawasan perumahan. Penekanan kepada prinsip-prinsip dan elemen-elemen yang menjadi teras dayahuni perumahan dalam pembangunan sesuatu bandar boleh dijadikan asas dalam perancangan pembangunan perumahan negara pada masa akan datang.
Pages: 586-590 p.
Call Number: G56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.