Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393987
Title: Aspek perancangan dan persekitaran ke arah kelestarian bandar
Authors: Haliza Abdul Rahman
Mohd Hairy Ibrahim
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Bandar lestari
Persekitaran fizikal
Kelestarian bandar
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Bandar lestari adalah kombinasi pelbagai aspek termasuk ekonomi, persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Mendapatkan sebuah bandar lestari daripada aspek kualiti hidup dan persekitarannya adalah perkara yang rumit dan kompleks, terutamanya di sesebuah bandar yang sedang membangun. Hal ini kerana, perancangan bandar akan menghasilkan kesan sampingan sama ada positif atau negatif kepada setiap entiti yang terkandung dalam bandar dan perancangan yang tidak efisien akan meninggalkan kesan secara kekal kepada pembangunan yang dilaksanakan. Justeru, perancangan bandar merupakan aspek penting yang perlu diberi tumpuan dalam sesuatu perancangan pembangunan kerana pembangunan bandartanpa perancangan yang tepat, sistematik dan lestari akan menimbulkan pelbagai masalah daripada segi fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Maka, setiap perancangan pembangunan yang dilakukan seharusnya mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa faktor utama seperti keadaan cuaca, sensitiviti alam sekitar setempat, aspek keselamatan dan budaya masyarakat setempat. Mengambil kira semua faktor tersebut, konsep pembangunan lestari yang bersifat menyeluruh amat sesuai dilaksanakan di kawasan bandar memandangkan kawasan tersebut mempunyai pelbagai isu dan masalah yang perlu diselesaikan. Konsep pembangunan lestari dikatakan satu strategi pembangunan konvensional yang terkini dan paling ampuh untuk memerangi dan meredakan permasalahan yang timbul kesan daripada pembandaran kerana konsep pembangunan tersebut mengambil kira pelbagai aspek khususnya keperluan as as manusia, kesihatan awam dan kesejahteraan persekitaran
Pages: 475-481 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.