Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393978
Title: Pencemaran bunyi dan pengurusannya di Kuala Lipis, Pahang
Authors: Kadir Arifin
Nik Mohd Farhan Nik Daud
Kadarudin Aiyub
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pencemaran bunyi -- Kuala Lipis
Kualiti alam sekitar
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Persekitaran kehidupan manusia amat berkait rapat dengan kualiti alam sekitar sama ada ianya melibatkan aspek bunyi bising, kualiti air atau persekitaran fizikal yang lain. Pencemaran bunyi bising akan memberi impak negatif kepada manusia dan persekitaran sama ada kesan jangka panjang atau sebaliknya. Pengukuran parameter bunyi bising telah dilakukan lapangan yang melibatkan tujuh stesen persampelan digunakan yang mana tiga daripadanya terdiri daripada industri, iaitu Kilang Perabot (syarikat United Trading dan Sawmill Sdn. Bhd), Kilang Pemprosesan Kayu Balak (syarikat Vitalwood Sdn. Bhd, Kechau Moulding Industries Sdn. Bhd dan Kilang Papan Kuala Lipis Sdn. Bhd) dan Mieco Chipboard Berhad (MIECO) dan empat stesen lagi adalah kawasan penempatan penduduk. Hasil kajian mendapati kesemua stesen persampelan telah melanggar piawaian yang ditetapkan oleh JAS dan Kerajaan Negeri Pahang. Oleh itu, dicadangkan kepada pihak JAS negeri dan PBT agar dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menguatkuasakan garis panduan letakan dan pengezonan industri khususnya dalam pengawalan bunyi bising di kawasan perindustrian Kuala Lipis dengan mewujudkan satu pelan perancangan baharu selain daripada melakukan pemeriksaan rutin dan bersistematik. Jika tidak dipantau dengan serius ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan kehidupan masyarakat yang tinggal di sekitar zon perindustrian tersebut.
Pages: 399-403 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.