Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393975
Title: Analisis buku teks geografi sekolah menengah
Authors: Ikhsan Othman
Norila Md Salleh
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Pendidikan -- Sekolah menengah
Analisis -- Teks geografi
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Di Malaysia pembelajaran mata pelajaran Geografi sekolah menengah bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Pembelajaran mata pelajaran ini dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran ke arah membina kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Bagi mencapai tujuan ini buku teks digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan zaman kian berubah dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, adalah wajar agar buku teks yang digunakan diteliti atau dianalisis dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti tahap kesesuaiannya. Kertas kerja ini melaporkan hasil analisis oleh guru pelatih DPLI GSTT ke atas buku teks Geografi Tingkatan Satu sekolah menengah. Analisis melibatkan sembilan aspek utama iaitu aspek kesesuaian isi kandungan, ketepatan isi kandungan, kemutakhiran kandungan, kesesuaian dengan kehidupan pelajar, kepekaan terhadap nilai tempatan, fokus kandungan, teknik penyajian kandungan, paparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi. Berdasar skala tahap yang digunakan iaitu 1=lemah, 2=sederhana, 3=baik dan 4=cemerlang; tahap kesesuaian kandungan adalah pada skor min 3.84; ketepatan isi kandungan adalah pad a skor min 3.66; kemutakhiran kandungan adalah pada skor min 3.25; kesesuaian dengan kehidupan pelajar adalah pada skor min 3.63; kepekaan terhadap nilai tempatan adalah pada skor min 3.56; fokus kandungan ialah pada skor min 3.94; teknik penyajian kandungan adalah pada skor min 3.88; paparan kandungan pembelajaran adalah pada skor min 3.38; dan kelengkapan dokumentasi adalah pada skor min 3.72. Secara keseluruhannya buku teks Geografi Tingkatan Satu sekolah menengah yang dianalisis adalah berada pad a tahap baik dan tahap cemerlang. Memandangkan analisis adalah ke atas buku teks yang digunakan di dua zon sahaja, sebagai cadangan analisis melibatkan zon-zon yang lain juga boleh dilakukan
Pages: 377-382 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.