Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393970
Title: | Pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar: satu kajian awal |
Authors: | Nurul Hidayah Liew Abdullah Haryati binti Shafii Seow Ta Wee |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Pengetahuan alam sekitar Pendidikan alam sekitar Tingkahlaku murid |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Peranan pendidikan sebagai as as untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti sama ada kurikulum Sains yang diajar di sekolah rendah dapat meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar, Aspek pengetahuan alam sekitar yang diteliti dalam penulisan ini adalah dengan memfokuskan kepada pengendalian bahan buangan oleh murid tahun 6, di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kruikulum Sains tahun 6, Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan murid terhadap alam sekitar adalah tinggi. Namun, pengetahuan murid terhadap alam sekitar dari aspek metode iaitu kaedah penyampaian oleh guru Sains dan kandungan buku teks Sains tahun 6 masih tidak mencukupi untuk murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perkaitan antara persepsi dan sikap murid terhadap alam sekitar. Kajian lanjutan disarankan untuk mengkaji pengaruh ibu bapa dalam rnenentukan keperibadian murid terhadap alam sekitar. |
Pages: | 343-347 p. |
Call Number: | Q56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.