Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393966
Title: Keselamatan makanan: kehidupan petani padi dalam mendepani cabaran perubahan iklim
Authors: Radin Firdaus Radin Badaruddin
Ahmad Zubir Ibrahim
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Petani
Keselamatan makanan
Perubahan iklim
Iklim padi
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Padidan beras merupakan komoditi yang diberi keutamaan dalam keselamatan makanan. Bagi memastikan pengeluaran makanan ini terjamin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran komoditi ini. Namun demikian, ketidaktentuan iklim bukan hanya memberi kesan kepada pengeluaran makanan malah turut memberi kesan kepada taraf hidup golongan petani padi. Bagi meninjau impak perubahan iklirn ke atas pengeluaran padi, model Ricardian telah digunakan untuk menganggar kesan perubahan iklim ke atas hasil pengeluaran padi di lapan kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Data panel dari lapan kawasan tersebut telah digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan senario ramalan perubahan lklim di masa hadapan, hasil kajian menjangkakan bahawa purata pendapatan petani akan merosot sebanyak 67% bagi tempoh 2020 hingga 2029, 88% dalam tempoh 2050 hingga 2059 dan 127% bagi tempoh 2090 hingga 2099. Kehilangan hasil pengeluaran tersebut sudah pasti akan menjejaskan kehidupan petani padi. Bagi mengurangkan kesan tersebut, Skim Subsidi Harga Padi dilihat sebagai salah satu intervensi kerajaan yang pertu dikekalkan untuk mengatasi masalah ini. Kajian kes di kawasan pengairan Muda mendapati sekiranya kerajaan menarik balik semula skim subsidi harga padi, kemiskinan tegardi kawasan pengairan Muda akan meningkat sebanyak 2.22%, miskin 9.3% dan golongan mudah terancam 61.33%. Bagi memastikan golongan petani padi terus bertahan dalam berhadapan dengan fenomena alam ini, strategi yang bersesuaian melalui intervensi kerajaan perlu dibangun secara menyeluruh terutamanya dalam program pembangunan dan penyelidikan.
Pages: 307-316 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393966
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.