Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393964
Title: Peranan serta prestasi agensi dan persatuan yang berkaitan dengan perumahan dalam memajukan sektor perumahan di Malaysia
Authors: Junaidi Awang Besar
Rosmadi Fauzi
Amer Saifude Ghazali
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Perumahan negara
Agensi perumahan
Sektor perumahan
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Agensi-agensi perumahan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan umumnya bertujuan membantu melancarkan perlaksanaan projek perumahan awam sebagaimana digariskan dalam polisi perumahan awam. Matlamat penubuhannya ialah menyediakan bekalan peru mahan untuk golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu memiliki rumah yang dibangunkan oleh pihak swasta. Dalam skop lebih besar, peranan yang dimainkan ini bermatlamat menyusun semula masyarakat, membasmi kemiskinan dan menghapuskan perumahan setinggan. Pelbagai agensi dipertanggungjawabkan dalam menangani isu perumahan awam negara, sama ada ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri mahupun melalui pertubuhan- pertubuhan perumahan. Secara keseluruhan terdapat kira-kira 60 agensi perumahan yang terlibat dalam pelbagai program perumahan di Malaysia, namun tidak semuanya terlibat dalam perlaksanaan perumahan awam. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, badan terawal yang ditubuhkan ialah Housing Trust di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diikuti FELDA (Federal Land Development Authority) dan SPPK (Syarikat Perumahan Pengawai Kerajaan) yang ditubuhkan di bawah Treasury Housing Loan Division. Selain itu terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan seperti MBSB (Malaysia Building Society Berhad) dan Borneo Housing Mortagage Finance Berhad iaitu badan swasta yang melibatkan ekuiti kerajaan. Pendekatan sebegini bertujuan membolehkan kerajaan memantau pendekatan operasinya bagi memastikan ia selari dengan polisi menyediakan perumahan awam, dalam masa yang sama tidak terikat di bawah birokrasi kerajaan. Di peringkat Kerajaan Negeri pula, terdapat 13 buah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Majlis Perbandaran masing-masing yang juga terlibat dalam menyediakan peru mahan berkepentingan awam. Sebagai contoh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) merupakan agensi pembangunan induk di Selangor manakala MPPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) merupakan salah satu Majlis Perbandaran di bawah pentadbiran negeri Selangor. Kedua- duanya terlibat secara langsung dalam penyediaan rumah-rumah awam. Manakala di Wilayah Persekutuan pula, pentadbiran Majlis Tempatan terletak di bawah Kerajaan Persekutuan, dan DBKL sebagai Majlis Pengurusan Bandaraya dipertanggungjawab melaksanakan perumahan awam di Wilayah Persekutuan. Kini, terdapat beberapa lagi agensi perumahan yang ditubuhkan untuk memajukan sektor perumahan bersesuaian dengan faktor urbanisasi dan migrasi ke bandar yang menyebabkan berlakunya kepadatan penduduk yang tinggi di bandar seterusnya memerlukan pembinaan rumah kediaman yang banyak, antaranya Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1 MA) Berhad, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Jabatan Perumahan Negara (JPN), Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL dan Malaysian Human Settlement and Urbanization Research Institute (MAHSURI). Terdapat juga persatuan yang berkaitan dengan perumahan yang berfungsi untuk memberikan penerangan dan bertukar pandangan mengenai urusan peru mahan iaitu Persatuan Kebanqsaan Pembeli Rumah (HBA) dan Real Estate and Housing Developers' Association Malaysia (REHDA Malaysia
Pages: 245-265 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.