Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393947
Title: | Ciri-ciri keusahawanan dan kejayaan usahanita luar bandar dalam perniagaan |
Authors: | Fatimah Hassan Aznarahayu Ramli |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Keusahawanan -- Usahanita Perniagaan -- Kejayaan |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Aktiviti keusahawanan dilihat mampu meningkatkan taraf ekonomi dan tahap kehidupan penduduk setempat serta menyumbang ke arah pembangunan dan transformasi ekonomi neqara. Peningkatan golongan wanita yang menceburkan diri di dalam bidang ini juga dilihat amat memberangsangkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan yang menjadi pendorong kepada kejayaan usahanita luar bandardi dalam perniagaan. Soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang melibatkan seramai 80 orang usahanita luar bandar di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Responden ini dipilih daripada senarai yang diperolehi daripada agensi-agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang bertanggungjawab di dalam program pembangunan usahawan luar bandar di Malaysia. Analisis kajian menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh usahanita ini adalah kesediaan dan inisiatif, keyakinan dan keazaman, pemikiran strategik, kreativiti dan innovatif, matlamat dan wawasan, pengambilan risiko serta rangkaian sosial. Majoriti usahanita yang dikaji boleh dikategorikan sebagai usahawan berjaya berdasarkan kekukuhan kewangan syarikat yang meningkat hari demi hari, kepuasan pelanggan serta kepuasan usahawan di dalam kerjaya yang diceburi. Hasil kajian juga mendapati ciri-ciri keusahawanan utama yang mempengaruhi kejayaan usahanita di dalam perniagaan ialah keyakinan dan keazaman, matiamat dan wawasan serta kesediaan mengambil risiko. Sehubungan itu, adalah diharapkan agar hasil penemuan kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan di dalam merangka dan melaksanakan agenda yang sewajamya bagi merangsang prestasi golongan ini ke tahap yang lebih tinggi. Ternyata usaha dan perkembangan ini turut menyumbang ke arah pembangunan dan transformasi ekonomi negara dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. |
Pages: | 93-101 p. |
Call Number: | Q56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.