Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393946
Title: Motif tajau (tembikar)kaum Iban berlandaskan kosmologi alam persekitaran
Authors: Haslinda Md. Nazri
Salwa Ayob Dr.
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Tembikar
Kosmologi
Alam persekitaran
Kaun Iban
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Pada abad ke 7 hingga abad ke 11, telah bermulanya perdagangan di Santubung , Sarawak. Ketika itu Santubung merupakan pusat perdagangan yang terkemuka. Hampir semua pedagang-pedagang asing akan berlabuh untuk menjalankan perniagaan. Bermulanya penggunaan termbikardaripada pedagang cina. Mereka membawa tembikar untuk menyimpan makanan sepanjang perlayaran. Tembikar juga digunakan untuk menyimpan pelbagai makanan kering, minuman serta untuk menyimpan harta. Semasa proses perdagangan ini berlaku, kaum Iban secara perlahan-Iahan mula mempelajari kegunaan tajau. Bagi kaum Iban memiliki tajau melambangkan simbol status kepada pemiliknya. Kaum Iban secara tidak langsung menggunakan tembikar ini untuk pelbagai kegunaan seharian seperti untuk menyimpan padi huma, menyimpan air, menyimpan minuman tuak, menyimpan barang kemas, sebagai alat pengkebumian, alat ritual kaum Iban dan sebagai hukuman dalam Adat Tusun Tunggu. Tajau ini melambangkan kekayaan bagi kaum Iban, oleh kerana itu kaum Iban akan berusaha untuk memilikinya di samping dapat mewariskan kepada keturunannya. la menjadi harta pusaka yang sangat bernilai. Setiap tajau itu pelbagai motif yang digunakan sebagai dekorasi seperti flora dan fauna, binatang, bulan, bintang dan matahari serta muka binatang. Setiap motif yang terhasil mempunyai kosmologi tersendiri dan saling melengkapi antara satu sarna lain. Mereka percaya dengan alam persekitaran disekililing mereka dapat memberikan kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan seharian mereka sehingga menjadi adat yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Kaum Iban berpendapat bahawa setiap kehidupan di dunia ini saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya bulan, bintang, matahari memberikan panduan dalam kehidupan seharian untuk memburu, membuat rumah dan memulakan sesuatu perjalanan. Manakala bagi bintang dan tumbuhan saling memerlukan antara satu sarna lain untuk dijadikan sumber makanan ataupun tempat untuk berlindung. Mereka juga percaya jika tidak mengikut kepercayaan ini akan berlaku perkara yang tidak diingini sehingga boleh menyebabkan kematian di rumah panjang. Kaum Iban menitik beratkan kosmologi kehidupan dalam kehidupan seharian sehingga menjadi adat yang harus dipatuhi oleh semua kaum Iban.
Pages: 85-91 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393946
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.