Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393940
Title: Impak perbelanjaan pelajar ke atas ekonomi setempat: kajian kes mukim Bernam Timur
Authors: Rozelia Aznie Abd. Razak
Mohd Faris Dziauddin
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah
Conference Name: Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4
Keywords: Institusi pendidikan tinggi
Perbelanjaan pelajar
Bernam Timur
Conference Date: 05/03/2013
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memainkan peranan penting kepada negara terutamanya dalam melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Pada masa yang sama, pembangunan sesebuah IPT dilihat mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi di kawasan sekitarnya. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memeriksa impak IPT yang terdapat di Mukim Hulu Bernam Timur (Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)dan Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS)) ke atas ekonomi setempat. walau bagaimanapun, tumpuan hanya diberikan kepada impak ekonomi langsung yang diwujudkan hasil perbelanjaan pelajar. Pertambahan jumlah pelajar saban tahun telah memberi peluang kepada ekonomi setempat berkembang hasil perbelanjaan pelajar di kedua-dua buah institusi ini. Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur secara kuantitatif impak ekonomi langsung hasil perbelanjaan yang dilakukan oleh pelajardan ia dilihat memberi impak yang signifikan terhadap perkembangan ekonomi setempat. Kaedah persampelan berstrata rawak digunakan bagi menentukan sampel kajian. Hasil analisis menunjukkan jumlah perbelanjaan pelajar dalam tempoh setahun adalah melebihi RM192 juta sekaligus menjana pendapatan yang besar terhadap ekonomi Tanjong Malim dan kawasan sekitarnya.
Pages: 35-42 p.
Call Number: Q56.P766 2013 sem.
Publisher: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.