Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393939
Title: | Ciri-ciri landskap dan kualiti persekitaran sekolah di lembah Klang |
Authors: | Salina Mohamed Ali Katiman Rostam Abd. Hair Awang |
Conference Name: | Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar ke-4 |
Keywords: | Landskap sekolah Kualiti persekitaran Merangsang proses pembelajaran |
Conference Date: | 05/03/2013 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Persekitaran fizikal sekolah yang kondusif dapat merangsang proses pembelajaran dan secara tidak langsung dapat membentuk siasah murid, selain meningkatkan kesedaran alam sekitar. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri dan menilai kualiti landskap sekolah di Lembah Klang mengikut lokasi, tahap persekolahan dan jenis / aliran sekolah. Bagi tujuan itu, data sekunder diperolehi daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan data primer dikutip melalui pemerhatian menggunakan senarai semak terhadap landskap di 70 buah sekolah di Lembah Klang yang dipilih secara rawak berstrata pad a bulan Februari hingga November 2012. Hasil kajian menunjukkan persekitaran landskap sekolah di Lembah Klang dicirikan oleh persekitaran fizikal semula jadi seperti bukit, lapangan, hutan dara, dan sungai; landskap lembut yang mempunyai kawasan bertumbuhan dengan spesies utamanya termasuklah pokok acacia, pokok bunga kertas, palma merah, lidah mak mertua dan bunga raya; landskap kejur atau binaan manusia seperti gazebo, pergola, kolam ikan dan arca. Menggunakan kriteria kualiti yang dibentuk berdasarkan ketetapan Jabatan Landskap Negara dan intisari Falsafah Pendidikan Negara, landskap sekolah di Lembah Klang telah dinilai. Analisis mendapati kualiti persekitaran landskap berbeza mengikut lokasi, tahap persekolahan dan jenis sekolah. Sekolah bandardidapati lebih berkualiti (skor 200) berbanding sekolah pinggir / luar bandar (skor 195). Landskap sekolah menengah (skor 219) umumnya lebih berkualiti berbanding landskap sekolah rendah (skor 189); kualiti landskap sekolah aliran berasrama penuh (skor 239), lebih baik berbanding landskap sekolah menengah aliran perdana (skor 213), diikuti dengan sekolah rendah kebangsaan (skor 194), sekolah jenis kebangsaan (Cina) (skor 176) dan sekolah jenis kebangsaan (Tamil) (skor 175). Landskap yang berkualiti dapat membantu proses pembelajaran, membentuk sahsiah pelajar dan meningkatkan kesedaran alam sekitar. |
Pages: | 27-34 p. |
Call Number: | Q56.P766 2013 sem. |
Publisher: | Jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI,Perak |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.