Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393821
Title: Pengetahuan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai produk diet dan kosmetik berasaskan herba
Authors: Mohd Dasuki Sul'ain
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Universiti Sains Malaysia (USM)
Herba
Kosmetik
Diet
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Perubatan berasaskan herba sudah lama dipraktikkan di Malaysia sama ada dalam kalangan etnik Melayu, Cina, India mahupun orang AsH. Namun begitu tiada fakta lengkap atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk merekod atau mendokumentasikannya. Dewasa ini, penggunaan herba semakin popular terutamanya di kalangan remaja mahupun dewasa, tidak terkecuali di pusat pengajian tinggi seperti USM. Herba telah diproses dan dijadikan produk-produk tertentu untuk kegunaan harian. Produk tersebut rnungkin digunakan sebagai ubat-ubatan, makanan mahupun produk penjagaan kesihatan seperti produk diet dan kosmetik. Satu kaji selidik telah dijalankan di USM, Kampus Kesihatan, Kelantan, Malaysia dengan mengumpulkan data dari 190 respondan yang terdiri daripada pelajar diploma, ijazah dan sarjana. Matlamat utama kajian ini ialah untuk rnengetahui sejauh mana pengetahuan pelajar USM terhadap penggunaan herba dalam produk diet dan kosmetik. Keputusan menunjukkan 80% pelajar USM mempunyai pengetahuan mengenai herba yang terdapat dalam produk diet dan kosmetik. Sumber utama mereka memperolehi maklumat ialah dari televisyen, radio, majalah dan surat khabar. Daripada jumlah respondan tersebut, 54% mengatakan bahawa produk tersebut selamat untuk diambil manakala 21% memberi pendapat ianya berbahaya dan memudaratkan. Hampir 25% daripada respondan mengetahui kesan sampingan akibat pengambilan produk tersebut manakala sekitar 85% respondan percaya pengambilannya tidak memberi kesan sampingan. Hanya 50% respondan percaya produk berasaskan herba berkesan. Sejumlah 78% daripada respondan tidak pernah mengambil produk-produk berasaskan herba ini. Kebanyakan respondan yang mengambil produk-produk ini mempunyai berat badan kurang dari 60 kilogram. Kaitan antara etnik, jantina dan tahap pendidikan, didapati bagi etnik melayu, pelajar perempuan dan program ijazah yang banyak mengambil produk-produk ini sebaliknya bagi etnik Cina, didapati pelajar lelaki dan progam diploma yang banyak mengambil produk-produk ini manakala bagi etnik India hanya seorang pelajar dari program ijazah yang menggunakan produk tersebut. Bentuk produk yang paling banyak diketahui ialah krim. Sekitar 64% respondan mengatakan harga produk-produk ini dipasaran amat berpatutan dan dapat dibeli di farmasi-farmasi. Sejumlah 50% dari respondan memperolehi maklumat, tatacara penggunaan dan cara mendapatkannya melalui buku-buku, majalah atau pun melalui interaksi dengan keluarga. Berdasarkan kaji selidik ini didapati pelajar USM .mempunyai pengetahuan dan amat menitik beratkan tentang penggunaan sesuatu produk diet dan kosmetik berasaskan herba. Walaupun pengunaannya telah meluas namun masih banyak yang belum atau tidak diketahui tentang aspek keselamatan dan kesan sampingan akibat pengambilannya dalam jangka masa panjang. Penggunaan teknologi moden serta kajian yang mendalarn terhadap sesuatu herba akan 'dapat membantu dalam pemilihan herba yang, sesuai, selamat dan berkesan serta jadual pengambilan yang betul. Oleh sebab itu sesuatu produk berasaskan herba perlu dilakukan dengan berhati-hati dan nasihat dari pakar perubatan diperlukan bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan.
Pages: 295 - 302 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393821
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.