Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393815
Title: Anak kepada wanita AIDS : emosi dan punca mereka berada di rumah perlindungan
Authors: Ashah@Eshah Haji Mohamed
Fatimah Yusoff
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Human Immunodeficiency Virus (HIV)
Acquired Immune Deficency Syndrome (AIDS)
Rumah perlindungan
Wanita
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Anak kepada wan ita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka. Wanita mv selalunya terpaksa menghantar anak mereka ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak berupaya untuk menjaga anak sendiri. Rumah perlindungan difikirkan sebagai tempat yang paling sesuai apabila tidak ada ahli keluarga yang ingin menjaga anak mereka terutama yang HIV. Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenalpasti alasan kanak-kanak HIV berada di rumah perlindungan. Kedua, menyelami perasaan mereka setelah berada di rumah perlindungan. Penghujahan di sini ialah AIDS menyebabkan keluarga tidak mahu membela kanak-kanak HIV yang menyebab ibu mereka tiada pilihan selain daripada menghantar mereka ke rumah perlindungan. Perbincangan ini diasaskan kepada temu bual mendalam dengan 12 orang kanak-kanak HIV yang merupakan anak kepada wanita HIV atau telah mati kerana AIDS yang terdapat di rumah perlindungan PERNIM (lapan orang) dan Solehah (empat orang). Punca kanak-kanak ini dihantar ke PERNIM dan Rumah Solehah ialah (a) dijumpai terbiar di hospital, di jalanan atau dibuang di tepi jalan dan pihak Kebajikan Masyarakat tidak dapat mengesan keluarga mereka, (b) keluarga tidak mahu membela setelah tahu ibu mereka HIV atau mati kerana AIDS, (c) nenek yang membela tidak mampu dari segi fizikal, ekonomi dan penjagaan dan terpaksa menghantar mereka ke pihak Kebajikan Masyarakat dan (d) dihantar oleh ibu HIV sebelum penyakitnya meningkat ke AIDS. Tanpa keluarga di. sisi, kanak-kanak ini merasa sedih, ragu-ragu, takut, bimbang dan marah. Mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga sendiri seperti kanak-kanak lain. Ada juga mereka ini yang sedar bahawa penyakit yang dihidapi adalah serius dan boleh membawa mati.Keadaan ini membawa keinsafan kepada mereka. Namun begitu, mereka merasa gembira, bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menjaga, merawat, mendiidk, memberi makanan dan memberi perlindungan kepada mereka. Di rumah perlindungan, mereka dapat merasa kehidupan berkeluarga dan disayangi walaupun bukan daripada darah daging sendiri.
Pages: 217 - 231 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin; Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.