Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393771| Title: | Peranan parti-parti islam dalam membenteras rasuah di Indonesia |
| Authors: | Nadirsah bin Hawari Mohd Nasran bin Mohamad Prof.Dr. |
| Conference Name: | Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007 |
| Keywords: | Parti-parti islam Rasuah Indonesia |
| Conference Date: | 29/08/2007 |
| Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Abstract: | Kajian ini membincangkan tentang peranan parti-parti Islam dalam membantu pemerintah Indonesia menghapuskan jenayah rasuah yang semakin membimbangkan dan amat menghalang kemajuan ekonomi negara. Kajian ini dipandang penting mengingat dalam sistem tata negara Indonesia disebutkan bahawa parti politik merupakan institusi rasmi penyalur aspirasi rakyat kepada pemerintah dengan bidangkuasa yang telah diatur dengan undang-undang yang merangkumi tiga fungsi utama iaitu: fungsi legislasi, pengawasan dan fungsi penentuan belanjawan negara. Kajian ini merangkumi empat perbahasan utama; hukum rasuah dilihat dari sisi agama dan undang-undang, sejarah penubuhan parti-parti Islam, pandangan parti-parti Islam terhadap rasuah dan terakhir mengenal pasti peranan parti Islam dalam membenteras rasuah di Indonesia. Kajian kepustakaan, observasi perkembangan terkini tentang gerak langkah parti-parti Islam di Indonesia dan metodologi temubual akan gugunapakai untuk melengkapkan data disertasi ini. Hasil penyelidikan mendapati, bahawa kesemua parti-parti Islam yang menjadi objek kajian ini; Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Bulan Bintanq (PBB), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Parti Amanat Nasional (PAN), kesemuanya bersepakat bahawa rasuah adalah haram dari sisi undang-undang dan hukum Islam yang kemudian diterjemahkan dalam gerak dan langkah politik yang dimainkan oleh masing-masing parti sama ada di Parlimen, Dewan Undangan mahupun melalui pernyataan-pernyataan politik para elite parti. Namun begitu, pad a tahapan amalan nyata terkadang didapati ada sebahagian daripada ahli-ahli parti Islam yang juga terbabit dengan kes-kes rasuah. Oleh itu, satu cadangan dibuat, agar supaya parti-parti Islam lebih bersemangat lagi dengan merapatkan barisan, menyatukan perasaan dan keazaman bergerak bersama pemerintah membenteras rasuah dan pada masa yang sama perlu meningkatkan kawalam secara aktif kepada mana-mana ahli yang duduk di legislatif mahupun di eksekutif. |
| Call Number: | DS35.62.K637 2007 sem. |
| Publisher: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393771 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.