Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393763
Title: Pembentukan peribadi Muslim melalui Program Tarbiyah Islamiyah kajian kes terhadap PK-Sejahtera di Sumatera Utara
Authors: Usman Jakfar
Abdul Ghafar Don
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Muslim
Tarbiyah Islamiyah
PK-Sejahtera
Sumatera Utara
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Matlamat penyelidikan ini ialah mengenal pasti sistem Tarbiyyah Islamiyyah dalam Partai Keadilan Sejahtera (PK-Sejahtera), mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan keislaman anggota PK-Sejahtera dengan cara membuat perbandingan dengan tahap pengetahuan, sikap dan alaman kawalan anggota PK-Sejahtera, juga untuk mengenal pasti sarana-sarana tarbiyah dan persepsi anggota PK-Sejahtera terhadap program Tarbiyyah Islamiyyah. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan mengkaji dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan Tarbiyyah Islamiyyah yang telah banyak diperbincangkan oleh para pakar Tarbiyyah Islamiyyah. Kajian lapangan pula bertujuan untuk mengenal pasti hasil dari program Tarbiyyah Islamiyyah di dalam PK-Sejahtera dalam pembentukan peribadi muslim. Kajian ini merupakan suatu kajian kes dengan menggunakan sam pel seramai 393 anggota PK-Sejahtera yang dipilih secara rawak di beberapa DPD PK-Sejahtera di Sumatera Utara. Dua teknik pengumpulan data telah digunakan dalam kajian lapangan ini, iaitu: penggunaan soal selidik dan temu bual. Kajian ini mendapati bahawa sistem Tarbiyyah Islamiyyah dalam Partai Keadilan Sejahtera (PK-Sejahtera) terstruktur secara baik dan jelas, mulai dari pelaksana, pengelola, kurikulum, prasarana dan metodenya. Dengan mengunakan sarana halaqah, dauroh, mabit, lailatul katibah, seminar, bedah buku, Training Dasar dan Lanjutan dan Taklim Rutin Partai (TRP). Manakala kajian lapangan mendapati bahawa keperibadian muslim anggota PK-Sejahtera yang dibentuk melalui program Tarbiyyah Islamiyyah berada pada tahap yang baik. Manakala keperibadian muslim kawalan anggota PK-Sejahtera berada pad a tahap cukup. Didapati juga hubungkait antara pengetahuan dengan amalan berada pada tahap yang rendah, manakala hubungkait sikap keislaman dengan amalan keislaman berada pada tahap yang tinggi. Sarana tarbiyah kesemuanya berjalan secara baik. Begitu juga dengan perspesi anggota PK-Sejahtera terhadap program tarbiyah berada pada tahap yang baik pula.
Pages: 315-325 p.
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.