Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393761
Title: | Nafkah anak orang islam di negeri Melaka : suatu kajian dari tahun 2002 hingga 2005. |
Authors: | Rafiah Ismail Che Maryam Ahmad Puan |
Conference Name: | Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007 |
Keywords: | Nafkah anak Islam Melaka |
Conference Date: | 29/08/2007 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Pengabaian nafkah anak adalah satu masalah yang sering berlaku di dalam masyarakat pada hari ini. Objektif kajian adalah untuk mengupas konsep nafkah anak menurut Islam,peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka dan prosedur tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Melaka seterusnya mengkaji faktor-faktor pengabaian nafkah anak, permasalahan-permasalahan yang timbul kesan dari pengabaian nafkah anak serta tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasi masalah ini. Akhirnya dikemukakan pula beberapa pandangan dan cadangan sebagai altelnatif bagi membantu menanganinya. Metodologi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah kaedah perpustakaan dan lapangan. Data-data yang difikirkan perlu diambil daripada sumber-sumber primer dan sekunder bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan berkaitan kajian. Kajian lapangan dilakukan dengan mengedarkan soal selidik dan temubual. Hasil kajian ini mendapati bahawa peruntukan-peruntukan nafkah anak di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam pad a asasnya adalah selari dengan kehendak Islam. Faktor utama pengabaian nafkah anak ialah sikap suami yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang bapa yang sepatutnya menyara anak-anaknya sekalipun ikatan rumahtangga telah berakhir. Sikap isteri yang kurang sedar tentang peranannya sebagai wakil anak di dalam menuntut hak nafkah anak ke atas suaminya dan penguatkuasaan yang kurang berkesan oleh pihak-pihak bertanggungjawab terhadap masalah pengabaian nafkah anak. |
Pages: | 275-288 p. |
Call Number: | DS35.62.K637 2007 sem. |
Publisher: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.