Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393756
Title: Konsep dan kriteria keuntungan di dalam transaksi jual beli: suatu tinjauan dari perspektif fiqh Al-Mu'Amalat
Authors: Muhammad Aunurrochim bin Mas'ad
Hailani Muji Tahir Prof. Madya Dr.
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Keuntungan
Transaksi jual beli
Fiqh Al-Mu'Amalat
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Kertas kerja ini dibuat adalah untuk membincangkan konsep keuntungan, kedudukan hukum keuntungan, serta kriteria-kriterianya yang ditetapkan oleh syarak dalam memperoleh keuntungan mengikut perspektif fiqh a/-muama/at. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan membuat rujukan bahan-bahan perpustakaan. Keputusan kajian mendapati, pertama, keuntungan atau mencari untung di dalam suatu transaksi jual beli (ai-bay) atau perniagaan adalah harus mengikut al-Qur'an, sunnah dan ijma', selama ia tidak bercanggah dengan syarak. Kedua, kebebasan dalam mencari keuntungan dalam aktifiti perniagaan bukanlah suatu kebebasan yang mutlak tetapi ia dibatasi dengan kriteria-kriteria yang mesti dipenuhi. Ketiga, perbincangan konsep keuntungan di dalam fiqh Islam adalah ditinjau dari dua segi, pertama dari segi fiqh a/- zakat dan kedua dari segi fiqh al-muama/at. Keempat, transaksi jual bell adalah tidak sama dengan amalan riba meskipun wujud kesamaan dari aspek mendapat pulangan. Kelima, Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi pengertian keuntungan antara fiqh al-muama/at dan ekonomi konvensional. Keenam, terdapat beberapa kriteria keuntungan yang ditetapkan oleh syarak, iaitu, i) keuntungan yang tidak diperolehi secara riba. ii) Keuntungan yang bukan berasal daripada perbuatan al-ghabn a/-fahish yang diperolehi dengan cara penipuan.iii) Keuntungan yang bebas dari unsur penipuan (a/-gharar) atau (al-ghish), dan iv) keuntungan bukan berasal dari perbuatan menyorok (a/-ihtikar).
Pages: 206-228 p.
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.