Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393750
Title: Persepsi dan sikap pelajar sekolah menengah agama rakyat negeri Johor terhadap mata pelajaran Bahasa Arab
Authors: Farhana Idris
Zamri Ariffin Dr
Zainuddin Ismail
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Persepsi
Sikap pelajar sekolah
Mata pelajaran Bahasa Arab
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Kajian ini meneliti persepsi dan sikap pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) Negeri Johor terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ini adalah mata pelajaran Nahu, Sarf, Insyak, Adab Nusus dan Balaghah. Persepsi yang dikaji adalah tentang mudahnya mata pelajaran, matlamat mata pelajaran, dan manfaat mata pelajaran dalam membantu penguasaan Bahasa Arab pelajar. Manakala sikap yang dikaji adalah sikap pelajar di luar kelas terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian adalah gabungan antara metodologi kualitatif dan kuantitatif. Kajian persepsi melibatkan penggunaan soal selidik dengan skala Likert dan analisa data yang berpusat kepada min. Manakala kajian sikap menggunakan gabungan instrumen soal-selidik dengan skala dua mata dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan pelajar SAR mempunyai persepsi sederhana terhadap mata pelajaran Bahasa Arab selaku mata pelajaran yang mudah. Persepsi pelajar terhadap matlamat pembelajaran kelima-lima mata pelajaran Bahasa Arab menunjukkan sembilan ukuran positif dan hanya satu ukuran sederhana. Persepsi pelajar terhadap manfaat mata pelajaran Nahu dan Insyak menunjukkan ukuran positif. Manakala persepsi pelajar terhadap manfaat mata pelajaran Sarf, Adab Nusus dan Balaghah menunjukkan ukuran sederhana. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab menurut soal selidik menunjukkan hasil positif. Manakala, hasil temubual guru tentang sikap pelajar menunjukkan hasll negatif. Kajian mencadangkan penambahbaikan kepada pelajar, pentadbir SAR dan guru.
Pages: 8
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393750
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.