Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393744
Title: Sejarah Jabatan hal-ehwal agama Terengganu dan sumbangannya kepada perkembangan pendidikan Al-Qur'an di Terengganu (2001-2006)
Authors: Nik Abdullah bin Nik Cob
Samsu Adabi Mamat Dr.
Conference Name: Prosiding Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam Siri III 2007
Keywords: Pendidikan -- Al-Qur'an
Jabatan hal-ehwal agama -- Terengganu
Conference Date: 29/08/2007
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Terengganu merupakan salah sebuah negeri paling awal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu. Masyarakat Islam Terangganu adalah antara masyarakat yang paling awal mempelajari ilmu-ilmu agama terutama ilmu dalam pembacaan al-Qur'an. Mereka telah mempelajari ilmu-ilmu tersebut di rumah-rumah tok guru, balaisah, surau-surau serta pondok-pondok. Walau bagaimanapun perubahan zaman menyebabkan pendidikan al-Quran semakin ditenggalami dan dilupakan terutama oleh kalangan generasi muda sekarang. Sistem pengajian al-Qur'an yang telah diadakan di rumah- rumah tok guru dan pondok-pondok semakin hilang. Situasi ini telah mengakibatkan para generasi sekarang semakin ramai yang dikatakan buta al-Qur'an atau tidak pandai membaca al-Qur'an. Kajian ini bermatlamatkan untuk mengkaji dan mengupas sumbangan yang telah dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama T erengganu dalam mengembalikan dan menghidupkan semula generasi yang boleh membaca, menghafaz dan memahami isi kandung al-Qur'an. Kajian berbentuk kajian lapangan ini dilakukan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Dari Jabatan inilah kebanyakan data-data sejarah penubuhan serta sumbangannya dalam perkembangan pendidikan al-Qur'an di negeri Terengganu banyak diperolehi. Melalui kajian ini dapat mengetahui dan menilai betapa besarnya sumbangan yang telah diberikan oleh jabatan ini khususnya dalam bidang pendidikan Agama sekaligus dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya anak-anak mereka di titik beratkan dalam pendidikan al-Qur'an. Berdasarkan kajian yang dibuat pengkaji mendapati bahawa kaedah yang digunakan oleh jabatan ini iaitu kaedah berdasarkan tahap dan penentuan surah hafazan" telah berjaya meningkatkan dan memajukan pendidikan al-Quran di T erangganu. Pendidikan al-Quran ini dilaksanakan dengan menekankan para pelajar yang bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah seterusnya ke Maahad Tahfiz dalam pembelajaran al-Qur'an. Mereka nantinya mampu menghafaz juzuk-juzuk tertentu dan setelah mereka tamat persekolahan sekurang-kurangnya dapat mengenal serta membaca al-Qur'an dengan lancar dan fasih serta dapat menjadi imam dalam solat. Kaedah ini didapati telah berjaya melahirkan ramai para huffaz yang telah menaikkan nama negeri Terengganu selari dengan kehendak pembangunan negara dari sudut pembangunan modal insan yang seimbang antara rohani dan jasmani
Pages: 9
Call Number: DS35.62.K637 2007 sem.
Publisher: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM,Bangi, Selangor
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393744
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.