Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393706
Title: Ke arah subsidi sifar harga runcit bahan siap petroleum: satu pertimbangan kerangka kerja strategi
Authors: Ahmad Mohd Yusof
Zaini Mahbar
Azmafazilah Jauhari
Azrina Abdullah Al-Hadi
Conference Name: Investment and small business development : International Seminar [on] Empowering Economy & Business in Free Trade Era
Keywords: Subsidi
Conference Date: 13/12/2005
Conference Location: Fakultas Ekonomi, Universitas Muhammadiyah Surakarta
Abstract: Peningkatan berterusan subsidi dan pengeeualian eukai bahansiap petroleum berikutan daripada kenaikan harga minyak mentah dunia serta kesan-kesan negatif tereetus daripadanya memerlukan satu penelitian semula. Harga runcit yang tidak melambangkan kos pengeluaran telah mengakibatkan ketidakeekapan pengagihan sumber dan herotan pasaran. Dewasa ini implikasi daripada kenaikan harga minyak mentah dunia ke paras US$60 per tong telah memangkin penyeludupan bahansiap petroleum ke negara jiran (di sekitar RM660 juta setahun) dan daripada sektor pengangkutan ke sektor perindustrian (perbezaan harga antara sektor di sekitar 80% per liter). Justeru, matlamat pemberian subsidi telah diselewengkan oleh beberapa kumpulan masyarakat. Intipati kepada penelitian semula dasar pemberian subsidi ialah pengurangan saiz subsidi dan pengecualian eukai perlu difokus kepada golongan sasaran. Kertas ini akan membineangkan satu kerangka kerja strategi ke arah subsidi sifar di Malaysia. Lebih spesifik, tumpuannya ialah kepada isu-isu ekonomi yang perlu diberi pertimbangan, dan rekabentuk serta pelaksanaannya ke arah matlamat tersebut. 1.0 Pengenalan Pemberian subsidi harga bahansiap petroleum di Malaysia pada kadar yang tinggi khususnya dalam era kenaikan berterusan harga minyak mentah dunia perlu penelitian semula. Berbanding negara-negara ASEAN lain yang mengamalkan pemberian subsidi, Malaysia adalah satu-satu negara yang menyediakan pelbagai bentuk subsidi sarna ada irnplisit atau eksplisit bagi mengurangkan beban kewangan kepada rakyatnya. Khususnya pemberian subsidi tenaga adalah bertujuan untuk mestabilkan harga-harga tenaga ke paras yang optimum agar daya saing negara dapat dikekalkan. Harga runcit bahansiap petroleum (petrol, disel dan gas eeeair petroleum) berada pada paras yang stabil antara tahun 1990 hingga 2000, manakala tarif elektrik tidak menunjukkan kenaikan yang ketara malah beberapa insentif berbentuk potongan kadar tarif diberi kepada industri-industri tertentu. Sungguhpun begitu, apabila harga minyak mentah dunia melonjak ke paras US$43 satu tong pada 2004 daripada US$16 satu tong pada 2002, pemberian subsidi dan kehilangan eukai bahansiap petroleum seeara drastik meningkat daripada RM4.23 bilion kepada RMI1.93 bilion. Kajian awal menunjukkan bahawa kenaikan harga minyak mentah sebanyak US$l.OO akan meningkat subsidi dan kehilangan eukai sebanyak RM271 juta dan dijangkakan juga pada tahun 2005 apabila harga minyak melonjak ke paras RM60 satu tong (Julai 2005), pemberian subsidi dan kehilangan eukai turut melonjak kepada paras RM17.0 bilion. [Noor Azlina Abdul Aziz, 2005]. Seiring dengan hasil kajian tersebut, anggaran awal menunjukkan apabila barga rune it petrol dinaikkan sebanyak RMO.lO per liter kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM1.6 bilion ke atas subsidi dan kehilangan eukai walaupun kenaikan indeks harga pengguna dijangka meningkat di sekitar 0.6 peratus. Selain harga minyak mentah dunia, kadar pemberian subsidi di pengaruh oleh permintaan bahansiap petroleum. Permintaan bahansiap yang meningkat seeara langsung meningkatkan pemberian subsidi. Pada tahun 2004 tahap subsidi bagi harga runeit petrol adalah di sekitar 41.63%,63.4% bagi disel dan 55.78% bagi gas petroleum eeeair (LPG) daripada barga pasaran bahansiap tersebut. Manakala perbezaan antara harga runeit dan harga industri bagi disel ialah di sekitar 62.6%. Struktur pemberian subsidi sedemikian telah memangkinkan penyeludupan
Pages: 11
Call Number: HD2341.I556 2005 sem
Publisher: Universitas Muhammadiyah Surakarta; UKM, Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.