Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393601
Title: Kadar pertukaran dan harga: kajian fenomena putaran ganas di 3 negara Asean
Authors: Mustazar Mansur
Mohd. Azlan Shah Zaidi
Conference Name: International Seminar [on] Empowering Economy & Business in Free Trade Era
Keywords: Kadar pertukaran
Harga: kajian fenomena
Putaran ganas di 3 negara Asean
Conference Date: 13/12/2005
Conference Location: Fakultas Ekonomi, Universitas Muhammadiyah Surakarta
Abstract: Terdapat banyak kajian yang memberi turnpuan ke atas hipotesis kesetaraan kuasa beli (PPP) yang mengaitkan kadar pertukaran bilateral dengan tingkat harga relatif antara dua buah negara. Keputusan kajian secara umumnya adalah tidak selaras. Terdapat kajian yang merumuskan wujud hubungan jangka panjang dan terdapat juga kajian yang tidak dapat membuktikan hipotesis yang mengaitkan kedua-dua pembolehubah tersebut. Walaupun kesetaraan kuasa beli dapat dibuktikan, namun tidak terdapat sokongan bahawa hubungan sebab menyebab boleh wujud antara perubahan kedua-dua pembolehubah harga tersebut. Jika arah penyebab dua hala antara perubahan harga tersebut dapat ditunjukkan, maka fenomena putaran ganas dikhuatiri akan berlaku. Fenomena putaran ganas berlaku apabila peningkatan kadar pertukaran (depresiasi) menyebabkan peningkatan tingkat harga umum sesebuah negara (inflasi) dan peningkatan tingkat harga umum ini menyebabkan peningkatan kadar pertukaran (depresiasi) semula. Putaran ganas ini akan berterusan jika dasar makroekonomi yang digubal tidak berkesan mengawalnya. Dalam era globalisasi yang menyaksikan perdagangan antarabangsa dilakukan tanpa batasan, fenomena putaran ganas dikhuatiri akan melemahkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Justeru, kertas kerja ini menyiasat hubungan sebab menyebab antara perubahan kadar pertukaran dengan perubahan harga 3 buah negara ASEAN terpilih iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand untuk mengenal pasti kemungkinan wujudnya fenomena putaran ganas ini. Hasil kajian mendapati hanya terdapat arah penyebab satu hala antara perubahan kedua-dua pembolehubah tersebut bagi setiap negara yang dikaji. lni menunjukkan bahawa fenomena putaran ganas tidak berlaku dan ia memberi implikasi bahawa dasar yang telah dilakukan untuk mengekang putaran ganas adalah berkesan. Kata kuoei: Kadar Pertukaran; Kesetaraan Kuasa Beli; Ujian Sebab Menyebab Granger; Pengenalan Kajian tentang hubungan antara kadar pertukaran dengan tingkat harga selalunya dikaitkan dengan konsep kesetaraan kuasa beli (PPP). Namun begitu keputusan kajian lepas tidak menunjukkan keselarasan terhadap hubungan antara dua pembolehubah ini. Terdapat kajian yang menjumpai bubungan jangka panjang antara pembolebubab-pembolebubab tersebut, dan terdapat juga kajian yang gagal membuktikan hipotesis yang diuji. Walaupun kesetaraan kuasa beli dapat dibuktikan, namun tidak terdapat sokongan babawa bubungan sebab menyebab boleh wujud antara perubahan kedua-dua harga tersebut. Jika arab penyebab dua bala antara perubahan barga tersebut dapat ditunjukkan, maka fenomena putaran ganas dikhuatiri akan berlaku. Fenomena putaran ganas wujud apabila peningkatan kadar pertukaran (depresiasi) menyebabkan peningkatan tingkat harga umum sesebuah negara (inflasi) dan peningkatan tingkat harga umum ini akan menyebabkan peningkatan kadar pertukaran (depresiasi) semula.' Depresiasi kadar pertukaran menyebabkan inflasi menerusi peningkatan perrnintaan untuk barang dan perkhidmatan domestik hasil daripada nilai matawang domestik yang kini telab menjadi lebib murah. Jika penawaran masih tidak berubah, peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan akan menyebabkan harga meningkat. Ini seterusnya membawa kepada berlakunya masalah inflasi. ??? Kitaran yang serupa berlaku apabila inflasi wujud. Inflasi menyebabkan depresiasi kadar pertukaran kerana inflasi menyebabkan barang domestik menjadi lebih mahal pada pandangan rakyat asing dan juga rakyat domestik. Sebaliknya barang asing didapati menjadi lebih murah.
Pages: 9
Call Number: HD2341.I556 2005 sem.
Publisher: Universitas Muhammadiyah Surakarta,UKM, Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.