Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393594
Title: Aliran masuk dan kebolehubahan pelaburan langsung asing: kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi 5 negara Asean
Authors: Fathin Faizah Said
Azmafazilah Jauhari
Nafisah Mohammed
Conference Name: International Seminar [on] Empowering Economy & Business in Free Trade Era
Keywords: Aliran masuk
Kebolehubahan pelaburan langsung asing
Kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi 5 negara Asean
Conference Date: 13/12/2005
Conference Location: Fakultas Ekonomi, Universitas Muhammadiyah Surakarta
Abstract: Terdapat banyak kajian berkaitan kesan aliran masuk pelaburan langsung asing (PLA) terhadap pertumbuhan ekonomi sarna ada menggunakan data siri masa atau keratan rentas. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian menganalisis kesan kebolehubahan dalam PLA terhadap pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada literatur dengan melihat kesan kedua-dua aliran dan kebolehubahan PLA terhadap pertumbuhan ekonorni dengan menguji data lima buah negara ASEAN (iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina) dalam tempoh 1973-2003. Di samping itu, kajian turut melihat darjah pengaruh PLA terbadap pertumbuhan apabila negara terlibat dalam integrasi ekonomi dan kesediaan stok modal manusia yang penting untuk memastikan berlakunya pemindahan teknologi. Bagi mencapai objektiftersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penganggaran data panel atau khususnya Generalized Least Squares (GLS). Keputusan kajian berkenaan kepentingan pembolehubah yang diuji terhadap pertumbuhan ekonorni adalah berbeza rnengikut spesifikasi model yang digunakan. Umumnya, kajian mendapati PLA dan liberalisasi perdagangan antarabangsa menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Kebolehubahan PLA pula didapati tidak signifikan dalam menerangkan pertumbuhan ekonorni negara yang dikaji. Peranan terma interaksi PLA dengan modal dan perdagangan antarabangsa pula agak bertentangan dengan hipotesis kajian ini. Implikasi dasar dicadangkan di akhir Bahagian kertas kajian ini. Kata Kunci: PLA, Kebolehubahan (Volatility), Pertumbuhan Ekonorni d~ GLS PeDdahuluan Kajian empirik dan teori menunjukkan negara yang berintegrasi dengan ekonomi antarabangsa menikmati kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding negara yang melaksanakan dasar yang lebih tertutup. Ini menjelaskan fenomena yang berlaku pada tahun 1970an dan 1980an di mana kebanyakan negara sedang membangun (NSM) mula melaksanakan orientasi ke luar dengan melaksanakan liberalisasi dalam perdagangan. Negara- negara ini melakukan pembaharuan dalam dasar perdagangannya dengan bertukar daripada lb'ltegi penggantian import (import substitution strategi (IS)) kepada strategi penggalakan ebport (export promotion strategy (EP)). Ini berikutan sumbangan positif perdagangan antarabangsa, terutamanya eksport terhadap tingkat pendapatan dan pertumbuhan ekonorni (export-led growth (ELG). Liberalisasi perdagangan antarabangsa dijangka memberi kesan poIitif terhadap pertumbuhan ekonomi melalui peluasan saiz pasaran akibat integrasi pasaran ke1uaran dunia (Blackburn and Hung, 1996). Banyak kajian empirik yang mengkaji hubungan liberalisasi perdagangan-pertumbuhan dan keputusannya agak bercampur-campur disebabkan kajian yang dilakukan adalah berbeza dari segi kaedah penganggaran, spesifikasi model, tempoh kajian dan negara yang dikaji. Walau bagaimanapun, proses globalisasi dan integrasi ekonomi yang berlaku bukan saja melibatkan aliran bebas barangan (eksport dan import) tetapi juga aliran modal antarabangsa, aeperti pe\\aburan \\angsung asing (PLA). Keterbukaan ekonomi bukan saja melibatkan perdagangan tetapi juga PLA yang merupakan salah satu elemen yang terlibat dalam proses InteJI'BSi ekonomi. Kekurangan modal di NSM untuk tujuan pelaburan dan pembangunan ekonomi telah mengubah dasar negara-negara tersebut terhadap PLA. Kebanyakan NSM mula melaksanakan dasar yang lebih liberal terhadap PLA melalui pemberian insentif dan galakan
Pages: 11
Call Number: HD29.I556 2005 sem.
Publisher: Universitas Muhammadiyah Surakarta,UKM, Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.