Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393579
Title: | Pengeluaran dan pendapatan petani padi di Malaysia: Kajian kes di Kuala Selangor |
Authors: | Mohd Anuar Md. QAmin Aminudin Mokhtar |
Conference Name: | International Seminar [on] Empowering Economy & Business in Free Trade Era |
Keywords: | Pengeluaran Pendapatan petani padi di Malaysia Kajian kes di Kuala Selangor |
Conference Date: | 13/12/2005 |
Conference Location: | Fakultas Ekonomi, Universitas Muhammadiyah Surakarta |
Abstract: | Masalah utama yang masih dihadapi oleh sektor pengeluaran padi ialah produktiviti yang rendah, kos yang tinggi dan pulangan kurang memuaskan. Walaupun petani menerima bantuan subsidi daripada kerajaan, tetapi bantuan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penyelamat untuk jangka masa panjang. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk menganalisis kecekapan, kos dan pulangan di sektor pengeluaran padi. Satu model pengeluaran dibentuk dan berasaskan 83 sampel yang diambil di Blok C Sawah Sempadan Kuala Selangor pada musim kedua tahun 2003 , hasil kajian ini mendapati bahawa kedua-dua faktor buruh dan tanah mempunyai peranan yang signifikan terhadap pengeluaran padi. Daripada segi keanjalan, faktor tanah adalah lebih sensitif dalam meningkatkan pengeluaran.berbanding faktor buruh yang mana masing-masing adalah 1.07 dan 0.46. Secara keseluruhannya penggunaan input buruh dan tanah masih kompetitif. Analisis ke atas kos dan pulangan pula menunjukkan bahawa para petani masih memerlukan bantuan subsidi untuk menjamin kesinambunagan kegiatan mereka disektor ini. Kata Kunci: Kecekapan input, pengeluaran pertanian, subsidi Pcngcnalan Isu industri beras di peringkat antarabangsa sentiasa didominasi oleh sub-sektor import berbanding eksport. Berdasarkan laporan International Trade Statistics (1989-2002), eksport beras Thailand bemilai US$1.6 bilion (200 I) diikuti oleh India US$1.2 bilion dan Amerika Syarikat US$0.768 bilion, Pakistan dan China mula mencatatkan nilai eksport beras pada tahun 2002 masing-masing US$0.463 bilion dan US$0.380 bilion. Eksport beras Malaysia pada tahun 2002 hanya bemilai US$689,000 iaitu meningkat 48 peratus berbanding tahun 1989 (US$355,000). Meskipun nilai ini kecil, negara masih berpeluang menyumbang kepada pendapatan negara dan mengkomersilkan komoditi beras di arena perdagangan antarabangsa. Isu industri beras di Malaysia lebih tertumpu pada masalah sara diri (self-sufficiency) kerana Malaysia telah sekian lama berpegang kepada dasar 65 peratus sara diri sejak tahun 1980an sebagaimana tercacat dalam Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) dan Dasar Pertanian Negara Kedua (1991-1998) disebabkan kos pengeluaran yang relatiftinggi manakala hasil .pengeluarannya rendah. Namun begitu, melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3),(1998-20JO) tingkat kecukupan diri bagi pengeluaran makanan telah ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 80 peratus. Kini tumpuan kerajaan kepada pembangunan sektor pertanian temyata lebih jelas. Sehingga kini pengeluaran beras secara puratanya lebih rendah daripada penggunaanya. Nik Hashim (2004) meramalkan tingkat mampu diri beras negara sehingga 2015 adalah sekitar 70 hingga 80 peratus, berdasarkan pelunjuran data 1980 hingga 2000 (IRRI 2004). Keadaan ini bermakna Malaysia akan terus bergantung pada import beras walaupun penggunaan beras dijangka berkurangan sebanyak 29 peratus daripada 119 kg perkapita pada tahun 2000 kepada 85 kg per kapita pada tahun 2015. Dari tahun 1996 hingga tahun 2000 import beras Malaysia menunjukkan peningkatan hampir 10 peratus. Dalam tempoh tersebut import beras Malaysia ialah 557.6 ribu tan pada tahun 1996,630 ribu tan pada tahun 1997,657.9 ribu tan pada tahun 1998 dan 612.5 ribu tan pada tahun 1999 dan tahun 2000. Pada tahun 2000, import beras Malaysia merupakan 2.8 peratus daripada keseluruhan import beras dunia (21788.1 ribu tan) dan 5.6 peratus daripada jumlah import beras negara Asia (10925.4 ribu tan). |
Pages: | 10 |
Call Number: | HD29.I556 2005 sem. |
Publisher: | Universitas Muhammadiyah Surakarta,UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.