Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393120
Title: Gagasan Asha'irah dan implikasinya kepada pengajian aqidah
Authors: Mohd Sani Badron
Conference Name: Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II),Akademi Pengajian Islam
Keywords: Gagasan Asha'irah
Pengajian aqidah
Conference Date: 20/07/2010
Conference Location: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Al-Ash'ari mengecam sikap menjadikan kejahilan sebagai modal. Antara lain, sikap tersebut akan menyekat ilmu `aqidah hanya pada peringkat asas ??? pada peringkat rendah. Sebaliknya, visi aliran Ashar`irah menganjurkan ilmu `agidah yang sangat dinamik dari segi isi dan ruang-lingkupnya, merangkum pelbagai peringkat pendidikan, termasuk Universiti. Universiti Nizamiah Baghdad dengan rektornva Abu Ishaq Shirazi (dan kemudiannya al-Ghazzali) dan Universiti Nizamiah Nishapur dengan rektornya Imamul Haramayn adalah dua contoh dalam abad ke-5/11, sementara Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sewaktu Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi Pengarahnya (1987-2002) adalah contoh semasa. Dalam visi tersebut, al-Qur'an diyakini mengandungi hujjatul balighah. Persis pengamatan Murtada al-Zabidi (m. 1205/1790), al-Qur'an sendiri merakamkan penghujahan akliah oleh nabi Musa terhadap Fir'awn, pemerintah zalim yang mengaku dirinya Tuhan; penghujahan akliah oleh nabi Sulaiman terhadap Ratu Saba' yang menyembah matahari; dan penghujahan akliah oleh nabi Ibrahim terhadap Namrud, pemerintah zalim yang mengaku dirinya Tuhan. Visi aliran Ashar'irah adalah untuk menterjemahkan penghujahan al-Quran dalam bentuk bahasa semasa, iaitu dalam bahasa boleh dihargai oleh pelbagai bangsa, suku, kelompok, kadar akal, dan pelbagai peringkat pendidikan manusia.
Call Number: BP166.14.A84S438 2010 sem
Publisher: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393120
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.