Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393117
Title: Peranan media dalam mengartikulasi isu-isu sejarah ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia: dulu, kini dan masa depan
Authors: Mohd Safar Hasim
Lee Kuok Tiung
Conference Name: Sidang Kemuncak Sejarah (History Summit) Malaysia
Keywords: Patriotisme -- Malaysia
Nasionalisme
Conference Date: 17/12/2013
Conference Location: Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
Abstract: Mengimbas sejarah bukanlah sesuatu yang gemar dilakukan oleh semua orang. Malah, ada yang lebih cenderung melupakan perkara lampau sekiranya ia tidak memberikan perasaan menyenangkan untuk dikenang. Bagaimanapun, menyedari hakikat itu, media telah memainkan peranannya untuk mendedahkan masyarakat kepada peristiwa sejarah dan penting suatu masa lalu untuk melatari perkembangan negara pada masa ini, sekali gus menjadi panduan mereka dalam membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Walaupun langkah ini dapat menyumbang kepada kecenderungan dan keazaman untuk mencapai sesuatu dan mampu mengubah hala tuju sesebuah negara, cabaran yang dihadapi oleh media juga bukan alang-alang. Selain daripada perubahan cita rasa masyarakat, perubahan mediaskap juga memberi kesan besar kepada wajah kewartawanan. Perkembangan media, dengan kemunculan internet telah mengubah mediaskap yang mana peranan dominan akhbar turut dikongsi bersama-sama dengan radio, televisyen dan portal berita dalam talian (online) bagi membolehkan akses terhadap maklumat berkaitan politik, ekonomi, dasar kerajaan dan isu semasa lain diperolehi dengan lebih mudah yang sekali gus mengesani pendapat umum dalam membuat keputusan. Malah, perkembangan ini turut menyumbang kepada pelaksanaan tanggungjawab media untuk memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat Malaysia, sekali gus mempersiapkan rakyat negara ini bagi meneruskan kelangsungan perjuangan negara dan meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan.
Volume: 1
Pages: 1-12 p.
Call Number: DS595.8.S566 2013 sem
Publisher: Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 2013.,Kuala Lumpur
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.