Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392569
Title: | Misi iqra' di Aceh pasca tsunami |
Authors: | Hasbullah Atan, Zawiyah Baba |
Conference Name: | Seminar Pustakawan Utara |
Keywords: | Bantuan Pembangunan perpustakaan Tsunami Gempa bumi |
Conference Date: | 2012-06-15 |
Conference Location: | Sandy Beach Resort, Langkawi |
Abstract: | Pada pagi Disember 26, 2004 dunia telah dikejutkan dengan berita tragis gempa bumi berukuran 9. 1 di skala Richter dalam kawasan laut berhampiran Banda Aceh, Sumatera Utara di Lautan Hindi. Gempa bumi ini telah mengakibatkan tsunami gergasi yang menghentam kawasan tepi laut di Aceh pad a mulanya dan melenyapkan ratusan ribu nyawa selia memusnahkan banyak infrastruktur penting di negara-negara yang terlibat. Bencana alam yang paling teruk turut melanda beberapa negara Asia yang bersempadan dengan Lautan Hindia termasuk Sri Lanka, India Selatan, Maldives, Madagascar dan Africa yang mana telah meragut lebih 226,000 nyawa. Kawasan paling teruk dilanda adalah Nanggaroe Aceh Darussalam dimana dianggarkan lebih daripada 200,000 nyawa telah terkorban dalam musibah tsunami itu dan lebih 500,000 orang telah kehilangan tempat tinggal. Turut musnah dalam tragedi itu adalah beberapa orang anggota perpustakaan dan bangunan perpustakaan selia pusat dokumentasi. Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh (PDIA), pusat maklumat terulung mengenai Aceh, contohnya, telah mengalami kemusnahan secara total. Yang tinggal hanya lah lantai-lantai simen bangunan tersebut dan kepingan salasilah Raja-Raja Aceh yang ditemui oleh rombongan Perpustakaan Negara Indonesia semasa lawatan mereka pada bulan Januari 2005. |
Pages: | 1-16 |
Call Number: | Z682.M4.S535 2012 sem |
Publisher: | Persatuan Pustakawan Malaysia, Kumpulan Utara; Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah; Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/392569 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.