Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391084
Title: Penggunaan strategi pemetaan informasi dalam pembelajaran matematik
Authors: Hutkemri
Effandi Zakaria
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pemetaan informasi
Pelajar
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Penggunaan strategi pemetaan informasi telah memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat. Strategi pemetaan informasi lelah mencetuskan suasana pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Strategi pemetaan informasi ialah suatu strategi pengajaran yang melibatkan strategi pengorganisasian dan pengadaptasian teknik pemetaan informasi. Bahan pengajaran yang disusun dengan strategi pernetaan informasi rnemudahkan pelajar dalam memahami bahan pengajaran dengan baik, kerana ia memuatkan konsep-konsep dasar bahan dan prosedur pengelolaannya. Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan dan penggunaan strategi pemetaan informasi dalam konteks pendidikan matematik sekolah menengah. Banyak kajian yang dijalankan yang menunjukkan keberkesanan proses pernbelajaran dengan rnenggunakan strategi pemetaan informasi. Kajian tersebut berkaitan dengan penggunaan strategi pemetaan informasi untuk meningkatkan pencapaian pelajar, pengetahuan konseptual pelajar, sikap serta persepsi pelajar terhadap matematik setelah menggunakan strategi pemetaan informasi. Ciri-ciri yang ada pada strategi pemetaan informasi telah menjadikan ianya sebagai satu media yang sesuai untuk proses pembelajaran. Kegiatan pembelajaran dengan strategi pemetaan informasi seperti penyusunan informasi, penyampaian informasi dan kegiatan pengelolaan pembelajaran. Peta konsep dan peta prosedur dapat digunakan untuk menyusun bahan pengajaran matematik. Peta informasi adalah terdiri daripada : nama peta, definisi, contoh. Petak di dalam peta konsep adalah terdiri daripada: pengenalan, formula, gam bar rajah, aplikasi, generalisasi, aturan-aluran, analogi, bukan contoh, komen, petak yang berkaitan. Petak-petak yang perlu untuk menyusun sebuah peta informasi prosedur adalah terdiri daripada nama peta dan salah satu daripada : jadual keputusan, gambar rajah alur, lembar pengerjaan. Petak yang dapat dipilih dari peta prosedur adalah terdiri daripada : pengenalan, kegunaan, sinonim, gambar rajah, contoh, bila harus bermula, bila harus berhenti, halaman yang berhubungan. Peranan guru amat penting dalam membuat bahan pengajaran yang baik serta mengawal pelajar dalam mempelajari bahan pengajaran, menjelaskan konsep yang sukar difahami dan menilai pembelajaran pelajar. Kekuatan strategi pemetaan informasi terletak pada stimulus bahan pengajaran yang memberi kemudahan kepada pelajar dalam proses pembelajaran serta mampu mewujudkan aktiviti belajar yang berorientasi kepada cara belajar pelajar aktif. Pelajar dapat berinteraksi langsung dengan informasi bahan pengajaran melalul peta-peta informasi sehingga tercipta suatu situasi belajar yang memungkinkan pelajar melakukan aktiviti memproses informasi dengan penuh tumpuan, termasuk aktiviti mengerjakan lalihan-Iatihan di kelas. Beberapa cadangan dikemukakan bagi menjalankan strategi pernetaan informasi dengan efektif, membincangkan tentang masalah yang dihadapi pelajar serta kelebihannya dalam menguruskan pembelajaran matematik. Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk melaksanakan pembelajaran dengan strategi pemetaan informasi di dalam kelas matematik. Ini kerana di dalam masalah matematik, ia memerlukan seseorang itu membuat perancangan menyusun strategi dan membuat pengesanan terhadap kerja-kerja dijalankan. Kesabaran diperlukan dalarn membuat bahan pengajaran dan menghadapi pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan strategi pemetaan informasi. Diharapkan kertas kerja ini dapat membantu pendidik melaksanakan strategi pemetaan informasi dan memberikan persediaan yang mencukupi bagi mengurangkan atau mengatasi masalah yang timbul supaya manfaatnya terhadap pelajar boleh ditingkatkan.
Pages: 54
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.