Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391082
Title: Kesan latihan rambang dan latihan sistematik terhadap kemahiran pelajar tingkatan empat menyelesaikan masalah momentum
Authors: Chua, Chong Sair
Ahmad Nurulazam bin Md. Zain
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Latihan rambang
Latihan sistematik
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan latihan rambang dan latihan sistematik ke atas kemahiran menyelesaikan masalah momentum oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Untuk mencapai tujuan tersebut, seramai 359 orang pelajar tingkatan empat dari dua belas buah sekolah menengah kerajaan telah dipilih sebagai subjek kajian . Kesemua subjek dalam kelas yang terpilih hanya diberi satu jenis latihan, iaitu sama ada latihan rambang ataupun latihan sistematik. Latihan rambang merupakan satu siri latihan di mana masalah-masalah momentum yang diberikan kepada subjek itu tidak dikumpul mengikut dasar penyelesaian yang sama. Latihan sistematik pula merupakan siri latihan di mana masalah-masalah momentum yang diberikan kepada pelajar itu adalah dikumpulkan mengikut dasar penyelesaian yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa bagi kategori pelajar berpencapaian sederhana dan lemah, pelajar-pelajar yang melalui latihan sistematik memperolehi pencapaian yang signifikan lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar yang melalui latihan rambang dalam penyelesaian masalah momentum biasa. Bagaimanapun, dalam penyelesaian masalah momentum yang tidak biasa, pelajar-pelajar yang melalui latihan rambang memperolehi pencapaian yang signifikan lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar yang melalui latihan sistematik bagi kategori pelajar berpencapaian baik dan sederhana. Perbandingan-perbandingan yang lain tidak menunjukkan perbezaan statistik yang signifikan. Selain dari itu, hasil penganalisisan ke atas penyelesaian bertulis pelajar dan temu bual susulan yang dilaksanakan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari segi cara mereka menyelesaikan masalah momentum biasa dan masalah momentum tidak biasa di antara pelajar-pelajar yang melalui latihan rambang dan pelajar-pelajar yang melalui latihan sistematik. Dari dapatan kajian, implikasi latihan rambang dan latihan sislematik terhadap penyediaan latihan penyelesaian masalah akan dibincangkan.
Pages: 53
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391082
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.