Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391078
Title: Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains di sekolah menengah luar bandar bahagian Sarikei, Sarawak
Authors: Wong, Su Li
Kamisah Osman
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains
Sekolah
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains di sekolah menengah luar bandar Bahagian Sarikei, Sarawak. PEKA Sains merupakan Pentaksiran Kerja Amali berasaskan sekolah. Tujuan PEKA Sains dilaksanakan ialah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan kajian ini adalah unluk melihat persepsi pelajar lerhadap (a) pelaksanaan PEKA, (b) kesediaan pelajar, (c) pengurusan PEKA, (d) sokongan, (e) sikap saintifik dan nilai murni serta (f) kemahiran saintifik. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mempunyai 96 soalan yang merangkumi skop yang dikaji. Sampel kajian diambil secara rawak berstrata yang terdiri daripada 240 orang pelajar Tingkatan Empat di enam buah sekolah menengah luar bandar Sahagian Sarikei, Sarawak. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini, iaitu statistik deskriptif untuk melihat peratus, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi menggunakan Ujian-t untuk melihat perbezaan persepsi pelajar terhadap PEKA Sains berdasarkan faktor-faktor demografi pada paras signifikan p<0.05. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan Pakej Sialislik unluk Sains Sosial (SPSS) Versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PEKA sains adalah pada tahap sederhana (min 3.59). Persepsi pelajar lerhadap kesediaan (min 3.46) dan pengurusan PEKA (min 3.37) adalah pada tahap sederhana. Manakala persepsi pelajar lerhadap sokongan (min 3.80), sikap saintifik dan nilai murni (min 3.98), kemahiran saintifik (min 3.41) adalah pada tahap tinggi. Dari segi perbezaan min, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor gender dan etnik tidak mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PEKA sains dan kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PEKA Sains berdasarkan etnik. Pelajar bumiputera menunjukkan min skor yang lebih tinggi daripada pelajar bukan bumiputera. Ini menunjukkan bahawa pelajar bumiputera mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadap pelaksanaan PEKA berbanding dengan pelajar bukan bumiputera di sekolah luar bandar Sahagian Sarikei. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada pendidik sains dan pihak pentadbir sekolah tentang kepentingan pelaksanaan PEKA Sains dan perlunya pelaksanaan yang baik supaya pelaksanaan PEKA Sains dapal dipertingkatkan.
Pages: 50
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.