Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/391063
Title: Keberkesanan penggunaan kalkulator grafik ke atas pencapaian matemalik pelajar sekolah menengah
Authors: Che Wan Rosida Wan Hasan
Rohani Ahmad Tarmizi
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Kalkulator grafik
Matematik
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Pembelajaran matematik adalah penting di semua peringkat institusi pengajian. Terdapat banyak bukti yang mengatakan bahawa pembelajaran matematik pada peringkat sekolah menengah dan kolej akan lebih efektif dan berkesan dengan aplikasi penggunaan perisian dinamik. Lebih dari itu, penggunaan perisian dinamik ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Secara konsepnya, pengajaran berbantukan teknologi memberi kesan yang positif ke atas pengajaran matematik. Pengajaran berbantukan teknologi ini melahirkan kumpulan belajar yang aktif dan dapat membangunkan potensi dalam berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah. Teknologi baru seperti komputer dan kalkulator memberi kesan ke atas sistem pendidikan dan jika digunakan secara berstrategi, teknologi ini akan dapat menyediakan pelajar yang menguasai pembelajaran mereka dengan cemerlang. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional. Kalkulator grafik adalah satu alat yang digunakan dalam pengajaran matematik yang mana mampu menghasilkan ilustrasi geometrik, graf, ketaksamaan dan transformasi. Penyelidikan ini mengkaji kesan penggunaan kalkulator grafik dalam pembelajaran ke atas pencapaian pelajar. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuasi·eksperimen. 2 buah kelas dipilih secara rawak untuk kajian ini. Kumpulan eksperimen adalah kumpulan yang mengikuti pembelajaran menggunakan kalkulator grafik manakala kumpulan kawalan adalah kumpulan yang mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah konvensional. Penyelidikan ini melalui 4 fasa iaitu 1) Pengenalan kepada kalkulator grafik, 2) Pengenalan kepada kalkulus, 3) pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kalkutator grafik, 4) Penilaian dengan membuat ujian pencapaian. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan t-test.Data yang diperolehi menunjukkan keadah penggunaan kalkulator grafik tidak signifikan, t(37,65.27)= -7.934 p>.05 berbanding dengan kaedah konvensional.
Pages: 46
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.