Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390333
Title: Kemerdekaan, pembinaan bangsa dan Malaysia abad 21
Authors: Mohamad Asri Mohamad Ali
Conference Name: Simposium Anak Merdeka
Keywords: Kemerdekaan
Pembinaan bangsa
Conference Date: 2000-09-04
Conference Location: Hotel Eden Garden, Johor Bahru, Johor
Abstract: Masyarakat Malaysia Yang kita kenal pada hari ini adalah hasil ciptaan penjajah. Polisi penjajah membawa masuk golongan imigran dari China dan India menjadikan masyarakat Melaysia bersifat muilielhnic, muitireligious, dan multicultural. Selain itu mereka juga dipisahkan dari segi geografi (kawasan tempat inggal) dan aktiviti ekonomi. Masyarakat bukan Melayu kebanyakkannya tinggal di awasan bandar dan perladangan serta berada dalam sektor ekonomi moden. Mereka menikmati banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kolonial dan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam sektor ekonomi negara ini. Melayu sebahagian besarnya tinggal di kawasan-kawasan luar bandar dan berada dalam sektor ekonomi tradisional (pertanian, perikanan dan pengeluaran· hasil hutan). Mereka disisihkan daripada arus pemodenan - menjadikan mereka bangsa yang miskin di bumi sendiri. Kebangkitan nasionalisme Melayu pada peringkat awalnya didasarkan kepada persoalan memastikan "survival" bangsa Melayu dalam rangka persaingan dengan bangsa asing.
Pages: 1-4
Call Number: JC311.S55 2000 sem
Publisher: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia; Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim; MBM, Gerakan Belia 4B dan MAYC
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.