Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390266
Title: Apakah yang dimaksudkan buku dan membaca bagi kanak-kanak?
Authors: Saayah Abu
Rohaty M. Majzub
Nor Aishah Buang
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (lCLL)
Keywords: Membaca
Buku
Kanak-kanak
Conference Date: 2007-11-26
Conference Location: Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Banyak kajian telah dijalankan, menyatakan kepentingan buku dalam membantu kanak- kanak membaca. Bagaimanapun, tidak banyak kajian yang dijalankan mengenai peranan buku dalam konteks rakan sebaya di dalam kelas prasekolah. Kajian ini memfokuskan penggunaan buku dalam sebuah kelas prasekolah daripada perspektif budaya sosial Seterusnya tidak membataskan "buku sebagai teks" dan TIDAK MEMBATASKAN GOLONGAN DEWASA SEBAGAI PEMBIMBING (SCAFFOLDERS) DALAM PERKEMBANGAN LlTERASI KANAK- KANAK. Oleh itu, kajian mengenai interaksi kanak-kanak dan rakan sebaya dalam konteks penggunaan buku dan membaca adalah diperlukan. Buku merupakan objek atau artifak perantaraan oleh kanak-kanak untuk tujuan sendiri dan mencapai sesuatu bagi memperolehi matlamat mereka. Kajian ini dibentuk untuk mengenal pasti dan meneliti cara kanak-kanak menggunakan buku-buku di dalam kelas prasekolah. Seterusnya bagaimana kegunaan buku-buku ini menerangkan tanggapan kanak-kanak terhadap buku-buku dan juga bacaan. lanya berada di dalam satu rangka sosio budaya yang menggang-ap buku-buku sebagai satu bahan budaya, kegunaan dan maksud bahan budaya ini telah di tunjukkan melalui tiga tahap iaitu i) Bagaimana penggunaan buku dan membaca mempunyai keserasian dalam sebuah kelas ii) bagaimana konsepsi guru yang lebih luas terhadap budaya membaca dan buku diaplikasikan di dalam suasana normal sebuah bilik darjah. termasuk peraturan dan rutin berkaitan dengan buku di sekolah iii) bagaimana keserasian ini memainkan peranan apabila tercetusnya tingkah laku tukar bincang dan perselisihan sesama rakan sebaya semasa bergelumang dengan buku.
Pages: 46
Call Number: LC5209.I55 2007d sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.