Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390256
Title: Aplikasi pemikiran kritikal dalam penggunaan sumber maklumat daripada internet untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat
Authors: Saemah Rahman
Siti Fatimah Mohd Yassin
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (lCLL)
Keywords: Pemikiran kritikal
Internet
Pembelajaran sepanjang hayat
Conference Date: 2007-11-26
Conference Location: Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Pengaksesan bahan daripada internet merupakan salah satu ciri utama dalam pembelajaran masa kini untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Terdapat berbagai bentuk sumber bahan yang boleh diakses melalui internet, antaranya bahan-bahan yang diterbitkan dalam laman web yang dibangunkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Salah satu kemahiran penting dalam persekitaran pembelajaran kini ialah pemikiran kritikal pelajar dalam menilai dan memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam proses pembelajaran mereka . Dalam proses mengakses, menilai dan mempelajari bahan daripada internet, penggunaan pemikiran kritikal akan dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih baik bagi mencapai tujuan proses pembelajaran yang diharapkan. Penguasaan kemahiran ini dapat menyediakan pelajar meneroka ilmu pada masa kini dan masa depan melalui prasarana teknologi digital masa kini yang sang at penting terutamanya dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat. Kertas ini membincangkan tentang faktor-faktor penting ya ng perlu dipertimbangkan untuk membantu pelajar mengakses dan menilai dengan berkesan dan efektif, bahan yang diperolehi daripada internet. Faktor-faktor tersebut termasuklah persepsi pelajar tentang apa itu pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang standard pemikiran dan cara menggunakannya untuk menilai dan mempelajari bahan daripada internet.
Pages: 48
Call Number: LC5209.I55 2007d sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.