Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/390246
Title: Pengaruh jajaran pengetahuan terhadap kesediaan mengenal peluang keusahawanan melalui pendidikan sepanjang hayat di kolej komuniti
Authors: Norlida Ab. Wahab
Nor Aishah Buang
Ramlee Mustapha
Conference Name: International Conference On Lifelong Learning (lCLL)
Keywords: Kolej komuniti
Keusahawanan
Conference Date: 2007-11-26
Conference Location: Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Mengenal peluang keusahawanan merupakan satu kemahiran paling asas dan terpenting dalam proses keusahawanan. Kemahiran ini harus dibangunkan sebagai kemahiran sepanjang hayat kerana kemahiran mengenal peluang keusahawanan berlaku sebelum dan selepas firma dibangunkan dan berterusan sepanjang jangka hayat firma tersebut. Sehingga kini. pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam pelbagai sektor telah membuka peluang dan ruang yang luas untuk inovasi produk dan perkhidmatan serta pembangunan usaha teroka baru. Sungguhpun kerjaya sebagai usahawan telah menjadi satu senario yang semakin berkembang. kaum Bumiputera masih gagal mengenal, merebut dan mengeksplotasi peluang-peluang keusahawanan yang dirintis oleh pihak Kerajaan . Program latihan dan pendidikan keusahawanan yang dilaksanakan dikatakan kurang menghayati konsep dan falsafah keusahawanan. tidak menyeluruh dan tidak menekankan aspek-aspek penting seperti kemahiran merebut peluang. Banyak kajian-kajian membuktikan bahawa mengenal peluang keusahawanan adalah satu bentuk kemahiran yang boleh dipelajari dan menyarankan agar institusi pendidikan memberi fokus terhadap membangunkan kesediaan mengenal peluang keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sebagai persiapan awal ke arah keusahawanan. Kolej Komuniti, melalui konsep pendidikan sepanjang hayat mampu membangunkan jajaran pengetahuan yang diperlukan untuk membina kesediaan mengenal peluang keusahawanan, yang merupakan kemah iran terpenting untuk proses keusahawanan.
Pages: 46
Call Number: LC5209.I55 2007d sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.