Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389840
Title: Kesan Metallothionein Terhadap Model Penyakit Parkinson Aruhan Paraquat Pada Danio Rerio (Zebrafish)
Authors: Nor Haliza Mohamad Najib
Supervisor: Teoh Seong Lin, Dr.
Srijit Das, Prof.
Mohamad Fairuz Yahaya, Dr.
Keywords: Parkinson Disease
Metallothionein
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2020
Abstract: Penyakit Parkinson (PD) adalah penyakit yang kedua tertinggi di dalam kategori penyakit neurodegenerasi yang disebabkan oleh degenerasi khusus neuron dopamin (DA) di substantia nigra pars kompakta (SNpc). Metallothionein telah menunjukkan keupayaan sebagai pengawalatur and perantara bagi beberapa proses sel yang penting terutamanya neuroregenerasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan metallothionein terhadap otak zebrafish (Danio rerio) yang telah diberi rawatan paraquat. Sebanyak 80 ekor ikan zebrafish jantan dewasa yang berumur empat bulan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kawalan, rawatan paraquat (PQ), prarawatan peptida metallothionein 2 manusia (hMT2) dan pascarawatan hMT2. Ikan ikan diberi rawatan paraquat melalui suntikan intraperitoneum setiap tiga hari selama 15 hari. Rawatan hMT2 diberi secara suntikan intrakranium pada hari ke-0 (kumpulan prarawatan) dan hari ke-16 (kumpulan pascarawatan). Ikan-ikan dikorbankan pada hari ke-22 dan otak diambil untuk analisis qPCR, ELISA dan imunohistokimia. Analisis qPCR menunjukkan rawatan paraquat menurunkan ekspresi gen berkaitan dengan biosintesis dan aktiviti dopamin (dat, th1 dan th2) dan agen neuroprotektif (bdnf). Rawatan paraquat juga meningkatkan ekspresi gen mt2, smtb dan gen pro inflamasi (il-1α, il-1β, tnf-α dan cox-2). Rawatan hMT2 dapat membalikkan kesan rawatan paraquat dalam analisa qPCR. Peroksidaan lipid menurun di dalam kumpulan rawatan paraquat dan prarawatan hMT2. Walaubagaimanapun, peroksidaan lipid meningkat di dalam kumpulan pascarawatan hMT2. Rawatan paraquat juga menunjukkan pengurangan dalam jumlah neuron dopamin manakala jumlah neuron dopamin menunjukkan peningkatan dengan rawatan hMT2. Paraquat telah dikenalpasti sebagai salah satu racun perosak yang boleh menyebabkan kematian neuron dopamin dan menjejaskan biosintesis dopamin. Rawatan dengan hMT2 secara eksogenus dapat memulihkan kesan paraquat terhadap otak zebrafish. Dengan itu, hMT2 berpotensi dijadikan sebagai agen neuroprotektif di dalam rawatan PD.
Pages: 103
Call Number: QS20.5.N822k 2020 9HUKMPRA tesis
Publisher: Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Nur Haliza Mohamad Najib.pdf
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.