Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389840
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTeoh Seong Lin, Dr.-
dc.contributor.advisorSrijit Das, Prof.-
dc.contributor.advisorMohamad Fairuz Yahaya, Dr.-
dc.contributor.authorNor Haliza Mohamad Najib-
dc.date.accessioned2023-02-19T08:40:21Z-
dc.date.available2023-02-19T08:40:21Z-
dc.date.issued2020-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389840-
dc.description.abstractPenyakit Parkinson (PD) adalah penyakit yang kedua tertinggi di dalam kategori penyakit neurodegenerasi yang disebabkan oleh degenerasi khusus neuron dopamin (DA) di substantia nigra pars kompakta (SNpc). Metallothionein telah menunjukkan keupayaan sebagai pengawalatur and perantara bagi beberapa proses sel yang penting terutamanya neuroregenerasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan metallothionein terhadap otak zebrafish (Danio rerio) yang telah diberi rawatan paraquat. Sebanyak 80 ekor ikan zebrafish jantan dewasa yang berumur empat bulan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kawalan, rawatan paraquat (PQ), prarawatan peptida metallothionein 2 manusia (hMT2) dan pascarawatan hMT2. Ikan ikan diberi rawatan paraquat melalui suntikan intraperitoneum setiap tiga hari selama 15 hari. Rawatan hMT2 diberi secara suntikan intrakranium pada hari ke-0 (kumpulan prarawatan) dan hari ke-16 (kumpulan pascarawatan). Ikan-ikan dikorbankan pada hari ke-22 dan otak diambil untuk analisis qPCR, ELISA dan imunohistokimia. Analisis qPCR menunjukkan rawatan paraquat menurunkan ekspresi gen berkaitan dengan biosintesis dan aktiviti dopamin (dat, th1 dan th2) dan agen neuroprotektif (bdnf). Rawatan paraquat juga meningkatkan ekspresi gen mt2, smtb dan gen pro inflamasi (il-1α, il-1β, tnf-α dan cox-2). Rawatan hMT2 dapat membalikkan kesan rawatan paraquat dalam analisa qPCR. Peroksidaan lipid menurun di dalam kumpulan rawatan paraquat dan prarawatan hMT2. Walaubagaimanapun, peroksidaan lipid meningkat di dalam kumpulan pascarawatan hMT2. Rawatan paraquat juga menunjukkan pengurangan dalam jumlah neuron dopamin manakala jumlah neuron dopamin menunjukkan peningkatan dengan rawatan hMT2. Paraquat telah dikenalpasti sebagai salah satu racun perosak yang boleh menyebabkan kematian neuron dopamin dan menjejaskan biosintesis dopamin. Rawatan dengan hMT2 secara eksogenus dapat memulihkan kesan paraquat terhadap otak zebrafish. Dengan itu, hMT2 berpotensi dijadikan sebagai agen neuroprotektif di dalam rawatan PD.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectParkinson Diseaseen_US
dc.subjectMetallothioneinen_US
dc.subjectAcademic Dissertations as Topicen_US
dc.titleKesan Metallothionein Terhadap Model Penyakit Parkinson Aruhan Paraquat Pada Danio Rerio (Zebrafish)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages103en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.N822k 2020 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247016en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Nur Haliza Mohamad Najib.pdf
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.