Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389657
Title: | Ilahiyyat menurut Amhammad bin Yusuf Attafayash (1303H) dan Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (895H) |
Authors: | Mustafa Kamal Amat Misra (P83803) |
Supervisor: | Abdull Rahman Mahmood, Dr. |
Keywords: | Ibadites -- Doctrines Aṭṭafayyish, Muḥammad ibn Yūsuf -- 1820 or 1821-1914 al-Sanūsī, Muḥammad ibn Yūsuf -- approximately 1427-approximately 1490 Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Aug-2022 |
Abstract: | Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash adalah tokoh ilmu kalam Ibāḍiyyah yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam perkembangan kerangka pemikiran mazhab akidah Ibāḍiyyah. Kesederhanaan pemikiran beliau dilihat daripada kesediaan beliau merujuk karya-karya akidah tokoh-tokoh Ashācirah ketika beliau menterjemah karya akidah penting Ibāḍiyyah seperti Uṣūl al-Dīn Tabghūrīn. Sementara al-Sanūsī pula merupakan tokoh ulama yang merumuskan pendapat yang muktamad dalam mazhab Ashācirah. Secara umumnya kajian ini bertujuan mengkaji perkembangan pemikiran akidah Ibāḍiyyah dan Ashācirah dengan membandingkan pemikiran Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan pemikiran Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pemikiran ketuhanan Ibāḍiyyah dan Ashācirah dengan menganalisis pemikiran akidah Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī di samping menganalisis titik persamaan dan titik perbezaan dalam pemikiran akidah kedua-dua tokoh. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini memilih kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi pensejarahan yang banyak ditumpukan kepada penerokaan yang mendalam terhadap karya-karya Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan ulama Ibāḍiyyah serta karya-karya Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī dan ulama Ashācirah yang lain. Hasil kajian mendapati, Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dalam perbahasan akidah mendokong pemikiran mazhab Ibāḍiyyah dipengaruhi oleh pemikiran akidah Muktazilah khususnya dalam perbahasan sifat-sifat Allah. Namun, dalam perbahasan perbuatan hamba (afcāl al-‘ibād), beliau tidak sependapat dengan pandangan ulama salaf Ibāḍiyyah dan juga pemikiran Muktazilah, malahan beliau menerima teori usaha (al-kasb) yang dikemukan oleh al-Ashācirah. Kajian ini diharap dapat meneroka satu jaringan pemikiran masyarakat minoriti Islam dalam kalangan Ibāḍiyyah yang semakin berasimilasi dengan umat Islam Sunni di Libya, Algeria dan Oman. Kajian ini juga diharap dapat mengecilkan jurang pertembungan antara dua aliran pemikiran Islam silam, malahan ke arah mewujudkan kesatuan umat Islam di zaman yang mencabar ini. |
Pages: | 372 |
Call Number: | BP195.I3M846 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Ilahiyyat menurut Amhammad bin Yusuf Attafayash (1303H) dan Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (895H).pdf Restricted Access | Full-text | 2.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.