Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389657
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdull Rahman Mahmood, Dr.-
dc.contributor.authorMustafa Kamal Amat Misra (P83803)-
dc.date.accessioned2023-02-02T07:45:50Z-
dc.date.available2023-02-02T07:45:50Z-
dc.date.issued2022-08-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389657-
dc.description.abstractAmḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash adalah tokoh ilmu kalam Ibāḍiyyah yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam perkembangan kerangka pemikiran mazhab akidah Ibāḍiyyah. Kesederhanaan pemikiran beliau dilihat daripada kesediaan beliau merujuk karya-karya akidah tokoh-tokoh Ashācirah ketika beliau menterjemah karya akidah penting Ibāḍiyyah seperti Uṣūl al-Dīn Tabghūrīn. Sementara al-Sanūsī pula merupakan tokoh ulama yang merumuskan pendapat yang muktamad dalam mazhab Ashācirah. Secara umumnya kajian ini bertujuan mengkaji perkembangan pemikiran akidah Ibāḍiyyah dan Ashācirah dengan membandingkan pemikiran Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan pemikiran Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pemikiran ketuhanan Ibāḍiyyah dan Ashācirah dengan menganalisis pemikiran akidah Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī di samping menganalisis titik persamaan dan titik perbezaan dalam pemikiran akidah kedua-dua tokoh. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini memilih kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi pensejarahan yang banyak ditumpukan kepada penerokaan yang mendalam terhadap karya-karya Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dan ulama Ibāḍiyyah serta karya-karya Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī dan ulama Ashācirah yang lain. Hasil kajian mendapati, Amḥammad bin Yūsuf Aṭṭafayyash dalam perbahasan akidah mendokong pemikiran mazhab Ibāḍiyyah dipengaruhi oleh pemikiran akidah Muktazilah khususnya dalam perbahasan sifat-sifat Allah. Namun, dalam perbahasan perbuatan hamba (afcāl al-‘ibād), beliau tidak sependapat dengan pandangan ulama salaf Ibāḍiyyah dan juga pemikiran Muktazilah, malahan beliau menerima teori usaha (al-kasb) yang dikemukan oleh al-Ashācirah. Kajian ini diharap dapat meneroka satu jaringan pemikiran masyarakat minoriti Islam dalam kalangan Ibāḍiyyah yang semakin berasimilasi dengan umat Islam Sunni di Libya, Algeria dan Oman. Kajian ini juga diharap dapat mengecilkan jurang pertembungan antara dua aliran pemikiran Islam silam, malahan ke arah mewujudkan kesatuan umat Islam di zaman yang mencabar ini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIbadites -- Doctrinesen_US
dc.subjectAṭṭafayyish, Muḥammad ibn Yūsuf -- 1820 or 1821-1914en_US
dc.subjectal-Sanūsī, Muḥammad ibn Yūsuf -- approximately 1427-approximately 1490en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleIlahiyyat menurut Amhammad bin Yusuf Attafayash (1303H) dan Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (895H)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages372en_US
dc.identifier.callnoBP195.I3M846 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006861en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ilahiyyat menurut Amhammad bin Yusuf Attafayash (1303H) dan Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (895H).pdf
  Restricted Access
Full-text2.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.