Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389457
Title: | Penglibatan Burhanuddin Al-Helmi dalam perjuangan PAS 1959-1969 |
Authors: | Nur Suhailah Abd Rahim (P104149) |
Supervisor: | Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr. |
Keywords: | Burhanuddin al-Helmy -- 1911-1969 Parti Islam SeMalaysia -- History Political activist -- Malaysia -- Biography Nationalists -- Malaysia -- Biography Malaysia -- Political parties Malaysia -- Politics and government Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Sep-2022 |
Abstract: | Penubuhan PAS secara rasminya pada 23 Ogos 1951 sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun 1948. Penubuhan PAS merupakan hasil daripada kegiatan tokoh produk Kaum Muda pada abad ke-20 untuk perjuangan Islam. Pada tahun 1956, Burhanuddin al-Helmi dilantik untuk memimpin PAS bagi menggantikan Dr Abbas Alias yang tidak dapat menggerakkan parti kerana kekangan beliau sebagai pegawai perubatan kerajaan. Kewibawaan kepimpinan Burhanuddin al-Helmi dalam membentuk hala tuju PAS telah menyuntik idealisme parti pembangkang dalam PAS yang menjadi asas untuk PAS menjadi parti seperti hari ini. Malah, PAS yang dipimpin oleh Burhanuddin al-Helmi dianggap sebagai parti utama yang membawa suara Islam untuk pembangunan negara di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti biografi Burhanuddin al-Helmi, meneliti peranan Burhanuddin al-Helmi dalam memimpin PAS dan mengkaji kesinambungan perjuangan Burhanuddin al-Helmi dalam PAS. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kualitatif iaitu kajian yang berpandukan reka bentuk kajian sejarah dan biografikal. Di samping itu juga, turut menggunakan kaedah pengumpulan data dengan merujuk sumber-sumber perpustakaan dan arkib untuk mendapatkan dokumen berkaitan Burhanuddin al-Helmi dan PAS. Hasil kajian mendapati bahawa hala tuju PAS yang dibentuk oleh Burhanuddin al-Helmi membawa satu perjuangan yang bermakna kepada Malaysia hari ini seperti memperjuangkan hak orang Melayu, agama Islam, undang-undang Islam. Perjuangan diteruskan oleh pemimpin PAS selepasnya walaupun menggunakan pendekatan yang berbeza. Salah satu contoh tokoh yang meneruskan legasi perjuangan Burhanuddin al-Helmi ialah Mohd Asri Muda yang mengambil alih jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong PAS. Perjuangan Mohd Asri Muda mewarisi dan memperkukuhkan dasar perjuangan PAS dengan menggabungkan Islam dan fahaman kebangsaan Melayu. Kajian ini telah mengemukakan sejauh manakah hala tuju PAS selepas berakhirnya pemerintahan Burhanuddin al-Helmi dalam memperjuangkan tanah air. Kajian ini sangat penting kepada komuniti Islam khusus warga Malaysia untuk mengetahui implikasi sumbangan besar Burhanuddin al-Helmi dalam PAS serta politik Islam. |
Pages: | 156 |
Call Number: | DS597.215.B8N87 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penglibatan Burhanuddin Al-Helmi dalam perjuangan PAS 1959-1969.pdf Restricted Access | Partial | 1.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.