Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389457
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr.-
dc.contributor.authorNur Suhailah Abd Rahim (P104149)-
dc.date.accessioned2023-01-13T07:26:36Z-
dc.date.available2023-01-13T07:26:36Z-
dc.date.issued2022-09-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389457-
dc.description.abstractPenubuhan PAS secara rasminya pada 23 Ogos 1951 sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun 1948. Penubuhan PAS merupakan hasil daripada kegiatan tokoh produk Kaum Muda pada abad ke-20 untuk perjuangan Islam. Pada tahun 1956, Burhanuddin al-Helmi dilantik untuk memimpin PAS bagi menggantikan Dr Abbas Alias yang tidak dapat menggerakkan parti kerana kekangan beliau sebagai pegawai perubatan kerajaan. Kewibawaan kepimpinan Burhanuddin al-Helmi dalam membentuk hala tuju PAS telah menyuntik idealisme parti pembangkang dalam PAS yang menjadi asas untuk PAS menjadi parti seperti hari ini. Malah, PAS yang dipimpin oleh Burhanuddin al-Helmi dianggap sebagai parti utama yang membawa suara Islam untuk pembangunan negara di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti biografi Burhanuddin al-Helmi, meneliti peranan Burhanuddin al-Helmi dalam memimpin PAS dan mengkaji kesinambungan perjuangan Burhanuddin al-Helmi dalam PAS. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kualitatif iaitu kajian yang berpandukan reka bentuk kajian sejarah dan biografikal. Di samping itu juga, turut menggunakan kaedah pengumpulan data dengan merujuk sumber-sumber perpustakaan dan arkib untuk mendapatkan dokumen berkaitan Burhanuddin al-Helmi dan PAS. Hasil kajian mendapati bahawa hala tuju PAS yang dibentuk oleh Burhanuddin al-Helmi membawa satu perjuangan yang bermakna kepada Malaysia hari ini seperti memperjuangkan hak orang Melayu, agama Islam, undang-undang Islam. Perjuangan diteruskan oleh pemimpin PAS selepasnya walaupun menggunakan pendekatan yang berbeza. Salah satu contoh tokoh yang meneruskan legasi perjuangan Burhanuddin al-Helmi ialah Mohd Asri Muda yang mengambil alih jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong PAS. Perjuangan Mohd Asri Muda mewarisi dan memperkukuhkan dasar perjuangan PAS dengan menggabungkan Islam dan fahaman kebangsaan Melayu. Kajian ini telah mengemukakan sejauh manakah hala tuju PAS selepas berakhirnya pemerintahan Burhanuddin al-Helmi dalam memperjuangkan tanah air. Kajian ini sangat penting kepada komuniti Islam khusus warga Malaysia untuk mengetahui implikasi sumbangan besar Burhanuddin al-Helmi dalam PAS serta politik Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBurhanuddin al-Helmy -- 1911-1969en_US
dc.subjectParti Islam SeMalaysia -- Historyen_US
dc.subjectPolitical activist -- Malaysia -- Biographyen_US
dc.subjectNationalists -- Malaysia -- Biographyen_US
dc.subjectMalaysia -- Political partiesen_US
dc.subjectMalaysia -- Politics and governmenten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenglibatan Burhanuddin Al-Helmi dalam perjuangan PAS 1959-1969en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages156en_US
dc.identifier.callnoDS597.215.B8N87 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode006923en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penglibatan Burhanuddin Al-Helmi dalam perjuangan PAS 1959-1969.pdf
  Restricted Access
Partial1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.