Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389066
Title: Konsep kesepaduan ilmu dan strategi perlaksanaan terhadap pembangunan modal insan di Malaysia
Authors: Nurul Fatanah Mohamad
Maimun Aqsha Lubis
Editors: Maimun Aqsha Abdin Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Konsep kesepaduan
Ilmu
Pembangunan modal insan
Strategi
Malaysia
Conference Date: 2019-05-19
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Islam sangat menekankan asas ilmu pengetahuan dalam pembinaan peradaban insan. Dalam konteks penguasaan ilmu merupakan pernangkin dalam proses menyuburkan potensi modal insan ke arah menghasilkan sumber tenaga manusia yang kompeten. Kajian ini mengenai konsep kesepaduan ilmu dan strategi pelaksanaannya terhadap pembangunan modal insan di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam tentang konsep kesepaduan ilmu dan strategi pelaksanaannya terhadap pembangunan modal insan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ilmu bersepadu. Seterusnya, untuk mengenal pasti strategi pelaksanaannya terhadap pembangunan modal insan di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan yang menggunakan buku, analisis dokumen, artikel jurnal, prosiding dan pelbagai lagi sebagai rujukan. Hasil kajian mendapati, kesepaduan dalam Islam menjurus kepada matlamat ilmu iaitu pembinaan individu dan masyarakat. Ilmu dalam Islam tidak hanya menjurus kepada pembinaan masyarakat, tetapi melihat kedua-duanya dalam proses yang satu. Mengabaikan salah satu antara keduanya akan memincangkan masyarakat. Kesepaduan ilmu juga merujuk kepada kesepaduan dalam memantapkan diri manusia agar ia bersifat sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama boleh berperanan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Strategi pelaksanaan aspek seperti nilai kemasyarakatan, kurikulum pendidikan, peranan guru dan kesenian. Kesimpulannya, kepentingan kesepaduan ilmu tidak dapat dipertikaikan, gabungan keduanya memberikan impak positif duniawi dan ukhrawi.
Pages: 749-758
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.