Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389063
Title: | Cabaran kepimpinan teknologi Pengetua dalam pengintegrasian ICT di sekolah |
Authors: | Nur Nadirah Kamarudin Jamalullail Abdul Wahab |
Editors: | Maimun Aqsha Abdin Lubis |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Kepimpinan teknologi Pengetua Integrasi ICT Amalan |
Conference Date: | 2019-05-19 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Penerapan teknologi dalam pendidikan terutamanya di sekolah merupakan satu hal yang tidak asing lagi tambahan pula dengan kursus-kursus mengenai kepentingan teknologi dalam membantu guru-guru dalam melaksanakan PdPc yang berkesan di sekolah. Oleh itu, pengetua sebagai ketua dalam organisasi sekolah merupakan contoh tauladan kepada guru-guru dibawahnya untuk menggunakan ICT sebagai salah satu pendekatan utama dalam proses PdPc di sekolah. Kertas konsep ini membincangkan amalan pengetua sebagai pemimpin teknologi yang berkesan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengintegrasian ICT di sekolah. Dalam hal ini adalah penting untuk pengetua menyedari mengenai elemen kepimpinan teknologi yang boleh diamalkan untuk memastikan pelaksanaan integrasi ICT di sekolah dapat dijalankan secara efektif. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pengetua sebagai pemimpin teknologi, kesediaan guru dan murid dalam membudayakan penggunaan ICT turut dibincangkan. Antaranya ialah, kurangnya galakan dari pentadbir berkenaan dengan penggunaan ICT kurangnya kemahiran ICT dalam kalangan guru. Hasil dari kajian lepas yang telah dijalankan, kertas konsep ini juga memberi cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengetua sebagai pemimpin teknologi dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk memanfaatkan ICT dalam pendidikan di Malaysia sebagai anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. |
Pages: | 720-729 |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.