Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783952
Title: Pelaksanaan intervensi awal untuk kanak-kanak bawah 3 tahun mengalami lewat perkembangan : satu kajian kes
Authors: Siti Salwani Abdul Radzi (P89747)
Supervisor: Hasnah Toran, Prof. Madya. Dr.
Manisah Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Child development -- Evaluation
Early childhood education -- Psychological aspects
Early childhood education -- Activity programs
Children with disabilities -- Education -- Case studies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2025
Abstract: Kemahiran bermain merupakan komponen penting dalam perkembangan awal kanak kanak. Ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kemahiran sosial, malah turut menggalakkan pertumbuhan kognitif, sensori dan komunikasi, yang merupakan antara domain penting dalam perkembangan secara menyeluruh. Lebih lagi, intervensi bermain adalah penting dalam menyokong pertumbuhan kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan. Walau bagaimanapun, keberkesanan dalam mengadaptasikan kemahiran bermain kepada kanak-kanak ini bergantung kepada strategi yang digunakan dan keupayaan Ahli Intervensi untuk mengharungi cabaran unik yang ditimbulkan oleh mereka. Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada memahami kesukaran yang dihadapi oleh Ahli Intervensi semasa menjalankan intervensi bermain merentasi domain perkembangan yang berbeza dan mengenal pasti strategi yang mereka gunakan untuk menangani cabaran. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual separa berstruktur bersama dengan lima orang Ahli Intervensi dan pemerhatian secara langsung semasa sesi intervensi bermain dijalankan bagi mengumpul data komprehensif mengenai proses intervensi. Dapatan yang diperolehi telah disusun sehingga muncul tema yang memberikan pandangan tentang cabaran yang dihadapi oleh Ahli Intervensi, strategi yang digunakan, dan keyakinan terhadap strategi yang telah dilaksanakan berdasarkan pengalaman mereka. Berdasarkan tema yang ditemui, mendedahkan beberapa cabaran utama, termasuk kelewatan komunikasi, isu tingkah laku seperti ‘tantrum,’ batasan kognitif dalam memahami konsep bermain, dan kesukaran dalam pemprosesan sensori. Ahli Intervensi menggunakan pelbagai strategi dalam mengatasi cabaran-cabaran ini. Ini adalah seperti menganalisis tugasan yang dirancang, di mana aktiviti akan dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, penggunaan alat sokongan visual dan mengubah suai aktiviti bermain berdasarkan keperluan perkembangan kanak-kanak secara individu. Kajian ini menyerlahkan kepentingan penglibatan ibu bapa, kerana kanak-kanak yang ibu bapanya terlibat secara aktif menunjukkan kemajuan dalam perkembangan yang lebih ketara khususnya dalam intervensi bermain. Kajian ini juga mengesyorkan untuk menambahbaik latihan untuk Ahli Intervensi, terutamanya dalam menguruskan komunikasi dan pemprosesan sensori, menyediakan peralatan permainan yang lebih sesuai untuk aktiviti bermain, dan memupuk kerjasama dan kolaborasi yang lebih kukuh antara keluarga dan Ahli Intervensi untuk meningkatkan keberhasilan perkembangan intervensi bermain.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 205
Call Number: LB1115.S5886 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783952
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.