Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783952
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasnah Toran, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorManisah Ali, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Salwani Abdul Radzi (P89747)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T03:15:02Z-
dc.date.available2026-07-03T03:15:02Z-
dc.date.issued2025-06-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783952-
dc.description.abstractKemahiran bermain merupakan komponen penting dalam perkembangan awal kanak kanak. Ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kemahiran sosial, malah turut menggalakkan pertumbuhan kognitif, sensori dan komunikasi, yang merupakan antara domain penting dalam perkembangan secara menyeluruh. Lebih lagi, intervensi bermain adalah penting dalam menyokong pertumbuhan kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan. Walau bagaimanapun, keberkesanan dalam mengadaptasikan kemahiran bermain kepada kanak-kanak ini bergantung kepada strategi yang digunakan dan keupayaan Ahli Intervensi untuk mengharungi cabaran unik yang ditimbulkan oleh mereka. Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada memahami kesukaran yang dihadapi oleh Ahli Intervensi semasa menjalankan intervensi bermain merentasi domain perkembangan yang berbeza dan mengenal pasti strategi yang mereka gunakan untuk menangani cabaran. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual separa berstruktur bersama dengan lima orang Ahli Intervensi dan pemerhatian secara langsung semasa sesi intervensi bermain dijalankan bagi mengumpul data komprehensif mengenai proses intervensi. Dapatan yang diperolehi telah disusun sehingga muncul tema yang memberikan pandangan tentang cabaran yang dihadapi oleh Ahli Intervensi, strategi yang digunakan, dan keyakinan terhadap strategi yang telah dilaksanakan berdasarkan pengalaman mereka. Berdasarkan tema yang ditemui, mendedahkan beberapa cabaran utama, termasuk kelewatan komunikasi, isu tingkah laku seperti ‘tantrum,’ batasan kognitif dalam memahami konsep bermain, dan kesukaran dalam pemprosesan sensori. Ahli Intervensi menggunakan pelbagai strategi dalam mengatasi cabaran-cabaran ini. Ini adalah seperti menganalisis tugasan yang dirancang, di mana aktiviti akan dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, penggunaan alat sokongan visual dan mengubah suai aktiviti bermain berdasarkan keperluan perkembangan kanak-kanak secara individu. Kajian ini menyerlahkan kepentingan penglibatan ibu bapa, kerana kanak-kanak yang ibu bapanya terlibat secara aktif menunjukkan kemajuan dalam perkembangan yang lebih ketara khususnya dalam intervensi bermain. Kajian ini juga mengesyorkan untuk menambahbaik latihan untuk Ahli Intervensi, terutamanya dalam menguruskan komunikasi dan pemprosesan sensori, menyediakan peralatan permainan yang lebih sesuai untuk aktiviti bermain, dan memupuk kerjasama dan kolaborasi yang lebih kukuh antara keluarga dan Ahli Intervensi untuk meningkatkan keberhasilan perkembangan intervensi bermain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.subjectChild development -- Evaluationen_US
dc.subjectEarly childhood education -- Psychological aspectsen_US
dc.subjectEarly childhood education -- Activity programsen_US
dc.subjectChildren with disabilities -- Education -- Case studiesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan intervensi awal untuk kanak-kanak bawah 3 tahun mengalami lewat perkembangan : satu kajian kesen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages205en_US
dc.identifier.callnoLB1115.S5886 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007780en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.