Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781216
Title: Cabaran-cabaran pentadbir atasan di Malaysia dalam konteks reformasi perkhidmatan awam: dari pendekatan pengurusan awam baru
Authors: Ahmad Faiz Yaakob
Kartini Aboo Talib
Khalid
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Reformasi sektor awam
Penyampaian perkhidmatan awam
Transformasi birokrasi
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Tujuan utama kertas ini adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti beberapa cabaran yang berkemungkinan dihadapi oleh para pentadbir atasan dalam perkhidmatan awam di Malaysia sebaris dengan negara-negara Komanwel yang memperkenalkan Pengurusan Awam Baru (New Public Management) (NPM) iaitu satu model baru reformasi bagi sektor awam yang berorientasikan pasaran. Tujuan NPM adalah didokong oleh keperluan untuk mentransformasi apa yang dahulunya digambarkan terikat dengan prosuder, birokrasi, agensi yang berkhidmat secara sendiri (self-serving agency) kepada suatu keadaan yang lebih efesyen, berorientasikan hasilan, kebertanggungjawaban dan lebih mamandu ke arah mendengar arahan dari para menteri. Kesemua elemen ini akan mendatangkan kesan terhadap sifat dan karektor dalam penyampaian perkhidmatan awam disamping jangkaan tugas-tugas para pegawai kerajaan yang akan dilaksanakan. Tugas-tugas ini walaubagaimanpun akan menjadi lebih gentar dalam kontek masyarakat plural. Artikel ini turut mengkaji peranan-peranan 'baru' oleh para pentadbir sebagaimana kerajaan telah di samping memberi inisiatif dan seterusnya melaksanakan beberapa usaha NPM berhadapan dengan pelbagai kesukaran dalam masyarakat plural yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Selain daripada penekanan terhadap persaingan dan pengkontrakkan luar (contracting out), adalah jelas cabaran utama yang dihadapi oleh pentadbir atasan dalam masyarakat majmuk ialah bagaimana berhadapan dengan tekanan masyarakat dan kumpulan komunal.
Pages: 131
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781216
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.