Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779311
Title: Program pemberdayaan ekonomi masyarakat pesisir di Indonesia: suatu penilaian awal prestasi
Authors: Dara Aisyah
Katiman Rostam
Abdul Hair Awang
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Kemiskinan bandar
Strategi pembangunan komuniti
Kesejahteraan masyarakat pesisir
Pengurusan program sosial
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat pesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melalui beberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah ini bertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasi organisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada Kabupaten Jakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupaten dan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensi pelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garis panduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dan kecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawa sebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yang tidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampu membuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjaya melaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi, namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perlu dibentuk untuk menggantikan program PEMP
Pages: 51
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779311
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.