Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779311
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorDara Aisyah-
dc.contributor.authorKatiman Rostam-
dc.contributor.authorAbdul Hair Awang-
dc.date.accessioned2025-05-30T02:37:28Z-
dc.date.available2025-05-30T02:37:28Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779311-
dc.description.abstractPEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat pesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melalui beberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah ini bertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasi organisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada Kabupaten Jakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupaten dan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensi pelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garis panduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dan kecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawa sebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yang tidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampu membuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjaya melaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi, namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perlu dibentuk untuk menggantikan program PEMPen_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectKemiskinan bandaren_US
dc.subjectStrategi pembangunan komunitien_US
dc.subjectKesejahteraan masyarakat pesisiren_US
dc.subjectPengurusan program sosialen_US
dc.titleProgram pemberdayaan ekonomi masyarakat pesisir di Indonesia: suatu penilaian awal prestasien_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages51en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.