Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774223
Title: | Kebimbangan berkomunikasi di kalangan pelajar IPTA: kajian di Universiti Malaysia Terengganu |
Authors: | Che Hasniza Che Noh lsma Rosila Ismail |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Kemahiran komuniksai Mahasiswa Pengucapan awam |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Dalam kepesatan negara menuju ke arah globalisasi dan modernisasi, kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah (soft-skill) yang amat diperlukan khususnya di kalangan graduan universiti. Kemahiran berkomunikasi menjadi antara penentu kejayaan mahasiswa dalam membina kerjaya terutamanya bagi menghadapi dunia pekerjaan yang penuh dengan persaingan dan cabaran. Menyedari hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dalam Modul Pembangunan Kemahiran lnsaniah menyenaraikan kemahiran berkomunikasi sebagai elemen pertama mendepani antara tujuh elemen yang lain. Antara masalah yang dihadapi dalam berkomunikasi ialah kebimbangan berkomunikasi (communication anxiety) iaitu satu keadaan di mana wujudnya ketakutan dan kebimbangan terhadap interaksi komunikasi. lndividu tersebut membina perasaan negatif dan menjangkakan hasil yang negatif apabila terlibat dalam interaksi komunikasi. Keadaan ini boleh menjadi penghalang kepada kejayaan seseorang misalnya untuk menghadapi temuduga, berhadapan dengan individu yang baru dikenali, dan juga ketika menghadapi pekerjaan yang baru. Justeru itu, satu kajian dijalankan ke alas pelajar IPTA bagi mengenalpasti tahap kebimbangan berkomunikasi menggunakan instrumen "Communication Anxiety Inventory- CAI" (Booth-Butterfield dan Gould, 1986) yang mengukur tahap kebimbangan terhadap beberapa situasi berkomunikasi seperti dyadic, kumpulan kecil, pengucapan awam, dan komunikasi massa. Secara khususnya kajian mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan mengikut gender, umur, dan latarbelakang pelajar. Statistik deskriptif dan ANOVA digunakan dalam analisis data. Turut dibincang juga beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah kebimbangan berkomunikasi di kalangan pelajar. |
Pages: | 120-121 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774223 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.